Sunday, February 5, 2012

CHAR KUEY TEOW PENGANTIN

Tahniah kepada Pn Siti Rafeah Binti Illias dan En Saiful Hidayat Bin Sulaiman. Terima kasih kerana memberi peluang kepada CKT GLOBAL untuk menyediakan masakan Char Kuey Teow kepada para tetamu.








Thursday, December 29, 2011

CILI KISAR Char Kuey Teow CKT GLOBAL

Assalamu'alaikum wr.wb
Demi memenuhi permintaan daripada pelanggan-pelanggan dan juga untuk lebih memudahkan pelanggan memasak Char kuey Teow, CKT Global bakal mengeluarkan CILI KISAR yang digunakan untuk menghasilkan CKT...

Pelanggan tidak perlu bersusah payah untuk menyediakannya lagi, kami akan sediakan untuk anda. CILI KISAR kini dalam peringkat akhir ujian makmal dan akan dikeluarkan tidak lama lagi...tunggguuuu ya!!!!

wassalam

Tuesday, December 20, 2011

Usahawan Pasar Tani

Pada mulanya ramai yang mempersoalkan siapa yang akan makan Char Kuey Teow seawal 8.00pagi??? Walaubagaimana pun sesuatu yang baru mesti dicuba untuk melihat hasilnya.
Kami telah pun mencubanya!!! Rupa-rupanya ramai yang suka bersarapan pagi dengan CKT.
Kesimpulannya, Anda juga boleh menjadi Usahawan CKT di pasar tani, proses permohonan tapak dengan FAMA sangat mudah.




Wednesday, November 30, 2011

KURSUS USAHAWAN CKT AKHIR TAHUN



Assalamu'alaikum wr.wb.
CKT GLOBAL bercadang untuk mengadakan kursus usahawan CKT yang terakhir untuk tahun ini iaitu pada 24 Disember 2011 akan datang. Ini berikutan permintaan yang saya terima melalui telefon dan email untuk mengadakan kursus ini. Saya berharap jumlah peserta mencukupi ( 15 - 20 orang ) untuk kita jalankan kursus ini. Pendaftaran dan maklumat lanjut di ruang 'pendaftaran'

HARAP MAKLUM

Keratan Akhbar Program CKT GLOBAL





Wednesday, October 19, 2011

KURSUS 22hb OKT 2011 TUNDA KE 29hb OKT 2011



Assalamua'laikum wr.wb
Kepada peserta kursus yang telah mendaftar untuk menghadiri kursus keusahawanan CKT di Kolej Komuniti Selayang di maklumkan kursus tersebut DITUNDA KEPADA 29hb OKT 2011 kerana KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN KOLEJ YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN.

CKT GLOBAL DAN PIHAK KOLEJ MEMOHON MAAF DI ATAS KESULITAN TERSEBUT.

Sebarang maklumat lanjut tuan/puan boleh menghubungi pihak CKT GLOBAL. Kepada peserta yang ingin mendaftar untuk kursus, pendaftaran masih di buka.

Sekian

Wednesday, October 5, 2011

Promosi Produk Baru



Assalamu'alaikum wr.wb

CKT Global ingin mempromosikan produk terbaru kami iaitu KICAP GORENG-GORENG.
Kicap pelbagai guna ini akan memudahkan anda menyediakan makan yang bersifat 'goreng'.

KEISTIMEWAAN

1.HALAL

2.MASAKAN ANDA TIDAK MEMERLUKAN BAHAN LAIN SEPERTI:
a.Sos Tiram
b.Kicap Pekat / Cair
c.Garam
d.Gula
e.Penambah Perisa (ajinomoto)

3.PRODUK TELAH LULUS UJIAN MAKMAL

4.PENGGUNAANNYA SANGAT MUDAH

5.SESUAI UNTUK K.TEOW, BIHUN, MEE, PASTA DLL

6.CARA MEMASAK TERDAPAT PADA LABEL

KEPADA PENIAGA, KAMI MENAWARKAN HARGA PROMOSI UNTUK 1KOTAK (20BOTOL) HANYA RM50 IAITU 1BOTOL RM2.50. HARGA JUALAN PADA LABEL RM4.90...KEUNTUNGAN SEHINGGA 96%.
INI ADALAH KERANA KOS PENGHANTARAN DIBAYAR OLEH CKT GLOBAL.

CEPAT BUAT TEMPAHAN SEKARANG JUGA SEMENTARA STOK PROMOSI MASIH ADA!!!!


Thursday, September 29, 2011

CHAR KUEY TEOW DI MANA YANG BEST ANDA PERNAH MAKAN???




Assalamua'laikumwr.wb
Kepada semua pelawat blog CKT Global...jika anda mempunyai kedai atau pernah makan Char Kuey Teow atau Kuey Teow Kerang yang best, bolehlah anda perkenalkan kepada pembaca-pembaca lain lokasi tersebut. Disamping itu dapat kita mempromosikan makan ini dengan lebih luas....
Anda boleh daftarkan lokasi berkenaan di bahagian ~PENDAFTARAN~

TERIMA KASIH


Tuesday, September 27, 2011

Pek Percubaan Kicap Kuey Teow Kerang Boleh Tempah Sekarang





Assalamua'laikum wr.wb
Kepada pelawat blog CKT Global yang berminat untuk mencuba memasak kuey teow kerang basah. Kini anda boleh menempah Pek Percubaan yang dikeluarkan khas untuk anda.

Dengan kicap ini anda tidak perlu lagi:

Sos Tiram
Sos Cili
Garam
Kicap Pekat
Penambah Perisa (ajinomoto)
Kicap Cair


Kicap KTK ini mempunyai secukup rasa HANYA RM20.00 SAHAJA.

Kepada peniaga...saya amat mengalu-alukan mencuba menu ini. Pelanggan saya sangat menggemarinya.
Kepada suri rumah...keluarga saya hampir setiap hari ingin menikmati kuey teow kerang basah ini.

Tempah sekarang di ~online~ Penghantaran menggunakan perkhidmatan Pos Laju

SAYA JUGA AKAN SERTAKAN SUDU KICAP 30ml SECARA PERCUMA!!!

TEMPAH SEKARANG JUGA.....

Friday, September 23, 2011

KOEY TEOW KERANG BASAH CKT GLOBAL





Inilah hasil masakkan Koey Teow Kerang yang menggunakan kicap KTK CKT Global...kepada peserta kursus 22 OKT 2011 nanti, kita akan sama-sama mempelajari teknik menghasilkan Koey Teow Kerang Basah ini.SEDAPPPP.....



Thursday, September 22, 2011

Kursus Keusahawanan Char Kuey Teow dan Kuey Teow Kerang


CKT GLOBAL sekali lagi akan menganjurkan kursus keusahawanan yang berasaskan kuey teow. Pada kursus kali ini peserta akan di ajar juga untuk menghasilkan kuey teow kerang basah CKT GLOBAL. Kepada anda yang berminat dan berkelapangan bolehlah menghadiri kursus tersebut seperti berikut:

Tarikh : 22 Oktober 2011
Hari : Sabtu
Jam : 9.00pg - 3.00ptg
Tempat : Kolej Komuniti Selayang, Selangor

Sijil penyertaan akan dikeluarkan oleh pihak Kolej. Peserta terhad kepada 20 orang sahaja.

Tarikh tutup pendaftaran pada 17 0ktober 2011 

DAFTAR SEKARANG DI BAHAGIAN ~ONLINE~



Jadi tak Char Kuey Teow Anda????



Assalamua'laikum wr.wb kepada semua pembaca @ pelawat blog cktglobal.
Kepada pelanggan-pelanggan yang telah membeli kicap CKT daripada kami, adakah masakan anda menjadi seperti gambar di atas tu??
Saya mendapat banyak panggilan telefon dan juga sms daripada pelanggan saya dimana rata-rata antara mereka mengadu Char Kuey Teow menjadi Koey Teow Goreng....
Sebenarnya itu adalah perkara biasa terutama kepada tuan/puan yang pertama kali memasak CKT....tambahan pula memasak hanya berpandukan cara memasak pada label. Pengalaman saya mengadakan kursus CKT...majoriti peserta yang pertama kali memasak akan menghasilkan koey teow goreng dahulu.....sebelum menjadi Char Kuey Teow. Kebanyakan masakan tidak berkuah dan kering. Perkara ini terjadi kerana tuan/puan belum dapat mengingat step memasak tersebut dan masih kurang biasa dengan kawalan api...
Kepada sesiapa pun...sebenarnya CKT boleh dimasak oleh sesiapa sahaja tetapi memerlukan latihan atau perlu selalu memasaknya...saya sendiri berlatih beberapa minggu sebelum memulakan perniagaan ini suatu masa dahulu.
Kepada yang ingin cuba memasak lagi....
saya ucapkan selamat berjaya atau yang berada di lembah klang boleh menghadiri kursus yang bakal di adakan pada 22 OKT 2011 nanti untuk mendapat panduan dan tips secara langsung daripada saya.


Tuesday, August 16, 2011

TAHUKAH ANDA???





KICAP CHAR KUEY TEOW ini, selain daripada boleh menghasilkan CKT ianya juga sangat sedap untuk Koey Teow Goreng @ Koey Teow Kerang. Kalau tak percaya...anda boleh cuba..

KOEY TEOW GORENG / KERANG
1.Masukkan 3 sudu minyak masak
2.Masukkan udang@ayam@daging
3.Masukkan 1 sudu cili Kisar
4.Masukkan Kicap 30ml
4.Masukkan Koey Teow(120gm)/tauge/kuchai/sawi/kobis (ikut selera anda)
5.Gaul bahan-bahan sehingga sebati
6.Masukkan 1biji telur ayam yang dipecahkan dalam bekas berasingan
7.Masukkan lagi Kicap 30ml
8.Apabila telur separuh masak, gaul sebati kemudian angkat.
9.Sedia untuk hidangan.

PENYEDIAAN KOEY TEOW GORENG / KERANG LEBIH MUDAH BERBANDING PENYEDIAAN CHAR KUEY TEOW KERANA:
1.Kawalan api tidak begitu penting
2.Boleh saja menggunakan peralatan sedia ada di rumah (dapur & kuali)
3.Tindakan tak perlu pantas kerana ianya tidak berkuah
4.Boleh goreng sekali 2@3 pinggan ikut saiz kuali anda.

p/s: Sukatan kicap mesti mencukupi, jika tidak masakan anda akan menjadi tawar.

SELAMAT MENCUBA!!!

Monday, August 1, 2011

Pack Percubaan



Assalamu'laikum wr.wb
Kini sesiapa sahaja boleh memasak Char kuey Teow. Atas permintaan ramai CKT Global telah menyediakan botol percubaan kepada anda. Ada sesetengah pelanggan ingin mencuba dulu. Pack ini lebih sesuai kerana ianya dalam kuantiti yang kecil sahaja.
Kami menyediakan penghantaran terus ke rumah anda walaupun hanya sebotol kicap.

Jangan berlengah lagi..buat pembelian sekarang juga, 3 hari lagi sampai!!

www.cktglobal.com/pesanan/pack_permulaan.html