Saturday, December 31, 2016

JOM MULA LANGKAH PERTAMA UNTUK BISNES KITA 2017.


Assalamualaikum wr.wb
Kita telah mempunyai produk yang telah memenangi ramai citarasa pelanggan. Kita juga telah mengambil masa yang agak lama untuk memahirkan skill dan teknik. Kita juga telah mempunyai pengetahuan tentang produk dengan baik sekali.

Ayuh kita mulakan tahun 2017 dengan merancang perniagaan kita. Apa yang kita perlu lakukan sebagai langkah pertama ? Dokumentasikan segala perancangan kita. Jangan hanya memikirkan dalam fikiran semata-mata. 

1.LOKASI
Lokasi perniagaan memainkan peranan penting. Cari lokasi yang strategik yang memudahkan pelanggan berkunjung. Dapatkan kadar bayaran sewa bulanannya.

2.RANCANG PENTADBIRAN 
Senaraikan keperluan untuk mentadbir perniagaan kita kelak. Kenal pasti perbelanjaan yang diperlukan. Sebagai contoh pengurus dan bayaran gajinya, bajet untuk alatulis yang mungkin kita perlukan, deposit bil-bil utiliti seperti air, elektrik, internet dan sebagainya. Mungkin kita perlukan sebuah komputer. Senaraikan semua keperluan dan kosnya.

3.RANCANG TENTANG PEMASARAN
Apabila memulakan perniagaan baru, kita perlu mempromosikan perniagaan kita kepada orang ramai. Ini semua akan melibatkan perbelanjaan awal sebelum perniagaan bermula. Adakah anda bimbang kos permulaan untuk memulakan perniagaan anda tinggi???  Teruskan kan mengumpul maklumat ini, anda belum dapat melihat keseluruhan perjalanan perniagaan anda lagi sekiranya Rancangan Perniagaan anda belum siap. Kos mencetak flyers, banner, kad perniagaan. Anda juga boleh memilih mengiklan di media sosial secara berbayar atau percuma. Media sosial sangat berpengaruh di zaman ini.

4.RANCANG OPERASI PERNIAGAAN
Senarai keperluan barang (aset), pekerja, bahan mentah, kesihatan, sistem jualan dan semua keperluan yang anda fikir perlu dan kosnya.

Setakat ini, jika maklumat-maklumat ini telah terkumpul anda telah mampu untuk menganggarkan kos untuk memulakan perniagaan anda. Biasa juga ianya di sebut KOS PERLAKSANAAN PROJEK.

Daripada kos perlaksanaan projek, kita akan dapat melihat modal pusingan setiap bulan untuk membiaya operasi perniagaan kita. Nanti kita akan melihat pasaran setempat untuk membuat ramalan jualan yang bakal kita perolehi apabila perniagaan telah bermula nanti.
wassalam

Thursday, December 29, 2016

Friday, December 23, 2016

CKT GLOBAL FOKUS PADA PEMBUKAAN OUTLET PADA 2017

Assalamualaikum wr.wb

CKT GLOBAL akan fokus ke arah membantu usahawan untuk terus menjalankan perniagaan. Jika pada tahun sebelum ini, kami lebih tumpu kepada kursus dan latihan. 2017 kami akan meyediakan model perniagaan yang lengkap dengan sistem pengurusan dan jualan. Baru-baru ini kami telah bekerjasama dengan sebuah syarikat 'point of sales' bagi tujuan tersebut. Ini lebih membantu merialisasikan impian untuk memiliki sebuah perniagaan CKT yang berdaya saing. Kami telah mengguna uji sistem ini dan kami berpuas hati.
Kami berharap usahawan lebih mudah menguruskan perniagaan apabila dibantu dengan sistem jualan yang terkini mengikut peredaran zaman.
Kepada usahawan yang bercadang untuk terlibat dalam perniagaan ini adalah dialu-alukan untuk menghubungi kami.

Intergrasi dengan syarikat POS dan Apple




Tuesday, November 8, 2016

CKT GLOBAL LANCAR KICAP CHAR KUEY TEOW D.I.Y

Assalamu'alaikum

CKT GLOBAL telah melancarkan kicap CKT Do It Yourself D.I.Y Ini merupakan satu berita baik kepada seluruh peminat, peniaga dan peruncit CKT.
Kicap D.I.Y memberi penjimatan lebih 50%

Pek Percubaan hanya RM20.00
12 botol (4 liter) RM480 RM200 Semenanjung
12 botol (4 liter) RM660 RM250 Sarawak & Sabah

Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
 

Tuesday, November 1, 2016

PENGHANTARAN SET LENGKAP PERALATAN CKT KE LIMBANG, SARAWAK.


Peralatan ini sama seperti peralatan yang diguna pakai semasa kursus di 
School of Char Kuey Teow

Saturday, October 22, 2016

KENAPA CHAR KUEY TEOW SAYA TAK JADI ???




Assalamualaikum wr.wb

Saya memulakan percubaan pertama untuk memulakan perniagaan Char Kuey Teow (CKT) pada tahun 1998. Pada masa ini baru sahaja menamatkan pelajaran di UiTM masa tu masih lagi ITM. Langkah pertama mencipta sos/kicap CKT.
Beberapa kali percubaan membuat campuran kicap, gagal menghasilkan CKT yang memuaskan. Belum berjaya menghasilkan kicap mendorong saya menjual kuey teow kerang sahaja. Pada tahun 2002 saya bertemu seorang peniaga CKT. CKT yang dihasikan sedap dan menepati citarasa saya. Saya terus meminta untuk membeli sebotol kicap dan melihat beliau menggoreng kepada pelanggan-pelanggannya dengan tujuan melihat teknik masakan.
Apabila pulang ke rumah sewa saya, saya cuba menggoreng CKT menggunakan semua bahan dan kicap yang saya seperti peniaga tersebut lakukan.
MALANG sekali, hasil yang saya perolehi langsung tidak sama malah amat jauh bezanya dengan apa yang saya makan di gerai beliau.
Bertambah malang lagi, apa bila saya hendak bertemu beliau semula, beliau telah berpindah tempat perniagaan dan saya tidak dapat mengesan tempat perniagaan barunya.
Pada tahun 2008 saya sekali lagi cuba menggoreng CKT dengan membeli kicap/sos yang dijual di sebuah kedai runcit di Perlis.
Percubaan kali ini amat memberangsangkan, CKT yang terhasil mendapat pujian ramai terutama dikalangan ahli keluarga.
Persoalannya.... apa beza antara cara saya menggoreng pada tahun 2002 dengan tahun 2008 ???
Jawapannya... tiada beza. Apa yang berbeza ialah KUALI yang saya gunakan. 2002 saya pun tidak tahu bahawa saya menggunakan KUALI NIPIS...dan pada tahun 2008 saya pun tidak tahu bahawa saya telah menggunakan KUALI TEBAL.
Daripada pengalaman ini, saya terus mengutip pengalaman dan saya kongsikan semula bersama peserta peserta kursus di SEKOLAH CHAR KUEY TEOW setiap bulan sejak tahun 2010.

Saturday, October 1, 2016

TAHNIAH IKMAL HAKIM DARIPADA SANDAKAN, SABAH.


Tahniah kepada saudara Ikmal Hakim Joharis daripada Sandakan kerana sudi menghadiri seisi perkongsian sedikit ilmu dalam bidang perniagaan Char Kuey Teow bersama saya. Terlalu asyik bercakap tentang CKT, terlupa nak bergambar di Sekolah Char kuey Teow. Sebelum membantu menghantar beliau ke stesen bas, sempat juga berselfie sebagai tanda kenangan.
Semoga ilmu tersebut bermanfaat kepada beliau.


Wednesday, September 21, 2016

SAMPORNA, SABAH KE ARAU, PERLIS.

Assalamualaikum wr.wb



Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada En Jamil. Bertemu saya dua hari sebelum sambutan Aidil Adha memberi beliau banyak dugaan terutama menghadapi kesesakan lalulintas sebelum sampai ke arau, Perlis.

Friday, August 26, 2016

ILMU YANG DIMANFAATKAN...


Assalamu'alaikum wr.wb
Salam Jumaat kepada semua pembaca blog CKT ini. Selawat dan Salam ke atas Nabi Junjungan Muhammad S.A.W.

Pada kesempatan ini saya ingin mengambil peluang menerangkan kepada semua pembaca berkenaan kursus penghasilan kicap yang saya anjurkan. Saya terlibat dalam bidang ini sejak tahun 2008 dan mula mengendali kursus-kursus usahawan bersama rakan kongsi serta agensi-agensi kerajaan bermula pada tahun 2010. Blog ini juga saya wujudkan pada tahun 2010.



SokonganYB KJ kepada School Of CKT

Lima tahun dulu kursus saya hanya berkisar terhadap kursus usahawan untuk memulakan perniagaan Char Kuey Teow (CKT). Saya berkongsi pengalaman sebagai peniaga CKT dan peserta akan belajar menggoreng CKT menggunakan kicap keluaran CKT Global. Kicap ini adalah formula tersendiri pernigaan kami dan telah mendapat penelitian daripada makmal yang diiktiraf oleh kerajaan.



Pada November 2015 saya mengambil keputusan untuk berkongsi pengetahuan saya untuk menghasilkan kicap CKT kepada sesiapa yang berminat. Harapan saya hanyalah satu, iaitu supaya ilmu yang sedikit ada pada saya ini mungkin dapat dimanfaat oleh orang lain juga. 


Kepada sesiapa yang berminat untuk menerima perkongsian saya sila lah hubungi saya, saya akan berkogsi apa yang saya buat dan tidak ada istilah 'sembunyi' sesetengah ilmu tersebut. Sementara saya masih mempunyai kelapangan masa, saya akan terus berkogsi pengalaman tersebut.

Sebelum saya mula menganjur atau menerima jemputan perkogsian daripada pelbagai pihak sejak 2010, sebelum itu saya ada seorang penggoreng dan peniaga CKT juga...



SEMOGA ILMU INI BOLEH DIMANFAATKAN....


Thursday, August 25, 2016

CKT DI TAWAU, SABAH

Semoga perniagaan CKT di Tawau maju jaya hendaknya

Sunday, May 22, 2016

KURSUS ASAS SEBELUM RAMADHAN 2016



Assalamua'laikum wr.wb
Kursus Asas sebelum Ramadhan 2016, anda ingin berniaga CKT sempena bulan puasa akan datang ? Bagaimanakan ujian stabiliti boleh membuatkan kicap anda boleh tahan lebih lama tanpa disimpan di dalam peti sejuk @ di panaskan setiap hari. Kami akan kongsikan pengalaman kami dengan anda :

Tarikh : 04 Jun 2016
Hari : Sabtu
Tempat : School of Char Kuey Teow - Arau
Masa : 10.00 pagi - 4.00 petang

Peserta akan mempelajari -
- Cara penyediaan kicap CKT
- Teori teknik memasak CKT
- Praktikal memasak CKT (setiap seorang)

kepada yang berminat sila daftar sebelum 28 Mei 2016.

p/s : Daftar SEGERA kerana tempat TERHAD!!!

KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR

Wednesday, April 27, 2016

TAHNIAH..



Assalamua'laikum wr.wb
Saya ingin mengucapakan tahniah dan terima kasih kepada En Mustapa. Seorang yang senior bagi saya tetapi masih sudi menerima perkongsian ilmu sedikit sebanyak daripada saya. Datang daripada Negeri Sembilan ke Arau Perlis untuk Char Kuey Teow. Semoga ianya memberi manfaat.

Wednesday, April 6, 2016

KURSUS ASAS BULAN APRIL 2016 - PENDAFTARAN DI BUKA


Assalamualaikum wr.wb
Kursus Asas untuk bulan April 2016, anda ingin menjual kicap CKT kepada pelanggan yang jauh ? Bagaimanakan ujian stabiliti boleh membuatkan kicap anda boleh tahan lebih lama tanpa disimpan di dalam peti sejuk @ di panaskan setiap hari. Kami akan kongsikan pengalaman kami dengan anda :

Tarikh : 23 April 2016
Hari : Sabtu
Tempat : School of Char Kuey Teow - Arau
Masa : 10.00 pagi - 4.00 petang

Peserta akan mempelajari -
- Cara penyediaan kicap CKT
- Teori teknik memasak CKT
- Praktikal memasak CKT (setiap seorang)

kepada yang berminat sila daftar sebelum 18 April 2016.

p/s : Daftar SEGERA kerana tempat TERHAD!!!

DAFTAR DI SINI

Monday, March 28, 2016

TAHNIAH

Tahniah kepada peserta kursus bulan Mac 2016. En Mustafa Mohamad daripada Kuala Lipis dan En Azli Abdul Aziz daripada Tg Malim. Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat kepada peserta.





Sunday, March 6, 2016

PENDAFTARAN KURSUS MAC 2016 - PENDAFTARAN DI BUKA

Assalamu'alaikum wr.wb
19 Mac 2016 (sabtu)

Tentatif program
9-10 am : Pendaftaran
10-11.30 am : Penghasilan kicap
11.30-12.30 Thari : Teori penghasilan CKT (bahan/peralatan/cara masak)
12.30-1.30 Thari : Praktikal memasak CKT menggunakan kicap yang dihasikan
1.30-2.30 pm : Rehat/solat
2.30-4.00 pm : Sambungan praktikal/bersurai.

maklumat lanjut klik di sini

Saturday, February 27, 2016

KURSUS ASAS FEB 2016

Assalamua'laikum wr.wb
Minggu terakhir Febuari 2016 saya berpeluang berkongsi sedikit pengalaman dengan dua orang peserta kursus. En Mohammad daripada Kuala Lumpur merupakan orang yang berpengalaman dalam bidang perniagaan. Kini beliau telah pun menjalankan perniagaan Char Kuey Teow tetapi masih mencari formula yang terbaik untuk produk beliau. Alhamdulillah, diakhir kursus bersama saya beliau menyatakan hasrat membuka bengkel memproses kicap CKT di Lembah Klang. Saya menyambut baik hasrat beliau dan akan memberi sokongan sepenuhnya untuk menjayakan hasratnya itu.


Berbeza pula dengan peserta kursus hari ini Akmal daripada Sipitang, Sabah. Beliau masih belia dan belum mempunyai pengalaman dalam perniagaan. Semangat beliau yang datang dari jauh berbaloi kerana saya melihat beliau sangat cepat belajar dan menguasai teknik masakan CKT. 



Saya mendoakan kepada semua peserta kursus agar memperoleh kejayaan dengan kemahiran yang telah mereka miliki.

Friday, February 12, 2016

ALHAMDULILLAH...

Alhamdulillah, kebetulan sedang berada di depan PC mendapat panggilan daripada peserta kursus 28 November 2015. En Iswadee daripada Wilayah Persekutuan Labuan, bertanya sedikit kemusykilan berkenaan sodium dan asetik asid dan saya terus update di blog ini berkenaan berita gembira kepada saya daripada beliau. Beliau telah membuka dua gerai Char Kuey Teow di Labuan dan permintaan sangat memberangsangkan. Syukur kepada Allah S.W.T semoga perniagaan beliau mendapat keberkatanNya. Saya telah meminta gambar dan lokasi perniagaan beliau, orang di Labuan bersedia untuk serbuuuu!!!!!!
Saya akan update lagi nanti okay...harap semua rakan-rakan standby.


Friday, February 5, 2016

KICAP CHAR KUEY TEOW

Assalamua'laikum wr.wb
Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimanakah cara saya berkongsi pengalaman saya dalam menghasilkan kicap CKT. Ya..saya akan menunjukkan cara untuk menghasilkan kicap untuk menggoreng Char Kuey Teow dan anda boleh juga menjual kicap tersebut kepada orang lain. Ini gambar kicap yang telah di kirimkan oleh pelanggan saya dari Terengganu, memberitahu saya bahawa kicapnya telah sampai.
kicap dah sampai, Alhamdulillah

PERCUBAAN PERTAMA...

Nampak SEDAP!!!!
Alhamdulillah, peserta kursus 30 Jan 2016 daripada Pahang telah menghantar kepada saya gambar hasil masakannya setelah menghadiri kursus tempoh hari. Walaupun saya tidak dapat merasanya...pengalaman saya dalam bidang ini menyatakan ianya SEDAP!!!!. "PRACTISE MAKES PERFECT".

Tuesday, February 2, 2016

KURSUS ASAS BULAN FEBUARI 2016...BOLEH MENDAFTAR SEKARANG!!!


Char Kuey Teow yang telah siap

Menghaslkan kicap CKT

Assalamualaikum wr.wb
Kepada yang berminat menceburi dalam bidang perniagaan kicap char kuey teow atau perniagaan char kuey teow. Anda boleh menghadiri kursus asas pada bulan febuari 2016.
maklumat lanjut di sini

Saturday, January 30, 2016

TAHNIAH KEPADA PESERTA HARI INI.

Assalamu'alaikum wr.wb 
Tahniah kepada peserta Kursus Asas Char Kuey Teow hari ini. En Abdullah daripada Temerloh, En Amizon daripada Kuala Nerang. Syabas kerana datang daripada jauh dan dengan itu membolehkan saya berkongsi ilmu ini dengan anda. Satu benda yang mencuit hati saya apabila berbual dengan peserta hari ini. Memang saya akui ramai yang tertanya tanya adakan saya betul-betul mengajar formula membuat kicap Char Kuey Teow. Begitu juga halnya dengan peserta saya hari ini. Mereka langsung tidak mengenali saya sebelum ini dan tidak juga pernah mencuba Char Kuey Teow saya lagi. Menempuh perjalanan yang jauh sambil bertawakkal sahaja kepada Allah Azzawajalla dengan apa yang mereka pelajari dengan saya. Alhamdulillah setelah selesai menghasilkan kicap secara bersama, kami sama-sama menyediakan char kuey teow menggunakan kicap yang kami sediakan tadi. Semoga perkongsian tersebut memberi manfaat kepada anda. 
Penghasilan kicap CKT

Goreng Char Kuey Teow guna kicap sendiri

Kicap siap untuk dilabelkan

Thursday, January 21, 2016

Saturday, January 2, 2016

PRAKTIKAL BERSAMA KAMI SELAMA 6 HARI OK ?


Anda berpeluang mempelajari teknik masakan char kuey teow, penghasilan kicap , jualan, pengurusan perniagaan dan semua aktiviti yang berlaku selama 6 hari bersama kami.
Terus membaca di sini...