Menganjur kursus penghasilan char koey teow, Pengeluar kicap char koey teow, Perunding perniagaan char koey teow dan Kursus keusahawanan. Tel:017 343 7266
Friday, September 23, 2011
KOEY TEOW KERANG BASAH CKT GLOBAL
Inilah hasil masakkan Koey Teow Kerang yang menggunakan kicap KTK CKT Global...kepada peserta kursus 22 OKT 2011 nanti, kita akan sama-sama mempelajari teknik menghasilkan Koey Teow Kerang Basah ini.SEDAPPPP.....
Thursday, September 22, 2011
Kursus Keusahawanan Char Kuey Teow dan Kuey Teow Kerang
CKT GLOBAL sekali lagi akan menganjurkan kursus keusahawanan yang berasaskan kuey teow. Pada kursus kali ini peserta akan di ajar juga untuk menghasilkan kuey teow kerang basah CKT GLOBAL. Kepada anda yang berminat dan berkelapangan bolehlah menghadiri kursus tersebut seperti berikut:
Tarikh : 22 Oktober 2011
Hari : Sabtu
Jam : 9.00pg - 3.00ptg
Tempat : Kolej Komuniti Selayang, Selangor
Sijil penyertaan akan dikeluarkan oleh pihak Kolej. Peserta terhad kepada 20 orang sahaja.
Tarikh tutup pendaftaran pada 17 0ktober 2011
DAFTAR SEKARANG DI BAHAGIAN ~ONLINE~
Jadi tak Char Kuey Teow Anda????
Assalamua'laikum wr.wb kepada semua pembaca @ pelawat blog cktglobal.
Kepada pelanggan-pelanggan yang telah membeli kicap CKT daripada kami, adakah masakan anda menjadi seperti gambar di atas tu??
Saya mendapat banyak panggilan telefon dan juga sms daripada pelanggan saya dimana rata-rata antara mereka mengadu Char Kuey Teow menjadi Koey Teow Goreng....
Sebenarnya itu adalah perkara biasa terutama kepada tuan/puan yang pertama kali memasak CKT....tambahan pula memasak hanya berpandukan cara memasak pada label. Pengalaman saya mengadakan kursus CKT...majoriti peserta yang pertama kali memasak akan menghasilkan koey teow goreng dahulu.....sebelum menjadi Char Kuey Teow. Kebanyakan masakan tidak berkuah dan kering. Perkara ini terjadi kerana tuan/puan belum dapat mengingat step memasak tersebut dan masih kurang biasa dengan kawalan api...
Kepada sesiapa pun...sebenarnya CKT boleh dimasak oleh sesiapa sahaja tetapi memerlukan latihan atau perlu selalu memasaknya...saya sendiri berlatih beberapa minggu sebelum memulakan perniagaan ini suatu masa dahulu.
Kepada yang ingin cuba memasak lagi....
saya ucapkan selamat berjaya atau yang berada di lembah klang boleh menghadiri kursus yang bakal di adakan pada 22 OKT 2011 nanti untuk mendapat panduan dan tips secara langsung daripada saya.
Tuesday, August 16, 2011
TAHUKAH ANDA???
KICAP CHAR KUEY TEOW ini, selain daripada boleh menghasilkan CKT ianya juga sangat sedap untuk Koey Teow Goreng @ Koey Teow Kerang. Kalau tak percaya...anda boleh cuba..
KOEY TEOW GORENG / KERANG
1.Masukkan 3 sudu minyak masak
2.Masukkan udang@ayam@daging
3.Masukkan 1 sudu cili Kisar
4.Masukkan Kicap 30ml
4.Masukkan Koey Teow(120gm)/tauge/kuchai/sawi/kobis (ikut selera anda)
5.Gaul bahan-bahan sehingga sebati
6.Masukkan 1biji telur ayam yang dipecahkan dalam bekas berasingan
7.Masukkan lagi Kicap 30ml
8.Apabila telur separuh masak, gaul sebati kemudian angkat.
9.Sedia untuk hidangan.
PENYEDIAAN KOEY TEOW GORENG / KERANG LEBIH MUDAH BERBANDING PENYEDIAAN CHAR KUEY TEOW KERANA:
1.Kawalan api tidak begitu penting
2.Boleh saja menggunakan peralatan sedia ada di rumah (dapur & kuali)
3.Tindakan tak perlu pantas kerana ianya tidak berkuah
4.Boleh goreng sekali 2@3 pinggan ikut saiz kuali anda.
p/s: Sukatan kicap mesti mencukupi, jika tidak masakan anda akan menjadi tawar.
SELAMAT MENCUBA!!!
Monday, August 1, 2011
Pack Percubaan
Assalamu'laikum wr.wb
Kini sesiapa sahaja boleh memasak Char kuey Teow. Atas permintaan ramai CKT Global telah menyediakan botol percubaan kepada anda. Ada sesetengah pelanggan ingin mencuba dulu. Pack ini lebih sesuai kerana ianya dalam kuantiti yang kecil sahaja.
Kami menyediakan penghantaran terus ke rumah anda walaupun hanya sebotol kicap.
Jangan berlengah lagi..buat pembelian sekarang juga, 3 hari lagi sampai!!
www.cktglobal.com/pesanan/pack_permulaan.html
Tuesday, June 28, 2011
Pakej Perniagaan Bulan Ramadhan 2011
Assalamua'laikum wr.wb
Kami akan mengadakan sekali lagi kursus Char Kuey Teow Penang di Selayang. Pada kali ini kursus beserta pakej peralatan asas memasak Char Kuey Teow. Tujuannya, setelah selesai berkursus tuan/puan boleh terus memulakan perniagaan ini.
Tarikh : 23 Julai 2011 (sabtu)
Masa : 9.00pg - 2.00ptg
Tempat : Kolej Komuniti Selayang
Pada akhir kursus, peserta akan diberikan:
1.Kuali
2.Dapur (set lengkap) iron cast gas stove automatic
3.Senduk & Sudit
4.Kicap CKT
5.Sijil Dari Kolej Komuniti Selayang
YURAN HANYA RM300 (BESERTA PERALATAN)
KURSUS PERCUMA
DAFTAR SEGERA SEBELUM 17 JULAI 2011
Sunday, June 26, 2011
Char Kuey Teow TERBAIK Di Semenyih...
Kepada penggemar Char Kuey Teow Penang di Semenyih...@ kawasan-kawasan berdekatan dengannya...kini anda boleh menikmati citarasa sebenar CKT yang akan disediakan oleh Tauke kedai ( Mie & Ruzaina ) masing-masing baru sahaja menamatkan kursus usahawan CKT. Saya sendiri telah mencubanya....ternyata ianya TERBAIK!!!
LEPAK D'AMIE CORNER
LOT 710
JALAN SG LALANG
BATU 241/2
43500 SEMENYIH, SELANGOR
Monday, June 13, 2011
Kursus Bisnes Bulan Ramadhan 25 Jun 2011
Assalamua'laikum wr.wb.
Kepada anda yang berminat atau sedang mencari bisnes yang sesuai pada bulan ramadhan yang akan datang, CKT Global mencadangkan Char Kuey Teow Penang sebagai satu peluang perniagaan. Kursus akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 25 Jun 2011
Hari : Sabtu
Masa : 9.00pagi - 2.00ptg
Tempat : Kolej Komuniti Selayang
Yuran RM70.00Shj
Tarikh Tutup Pendaftaran 21 JUN 2011
Sila daftar segera di bahagian 'online' daftar kursus
Thursday, June 2, 2011
Kursus Usahawan Char Kuey Teow di Kompleks Marina Muar 2 - 3 Jun 2011
Kursus Usahawan kali ini akan diadakan di Muar bertempat di Kompleks Marina Muar. Peserta seramai 20 orang terdiri daripada kumpulan AIM anjuran Kolej Komuniti Ledang. Peserta didedahkan berkenaan konsep keusahawanan, pengurusan dan kewangan serta kesihatan dan kebersihan. Selain memperkenalkan teknik memasak dan menghasilkan Char Kuey Teow, peserta akan dibekalkan langkah-langkah sebelum memulakan perniagaan ini. Setiap peserta akan berkesempatan mempelajari teori dan amali menggoreng Char Kuey Teow!!
WAHH!! PESERTA KALI INI MENGGORENG CKT DITEPI PANTAI.
Wednesday, June 1, 2011
CKT Global Ent dalam Sinar Harian Johor 30 Mei 2011
Sunday, May 15, 2011
Kursus Char Kuey Teow Bisnes Bulan Ramadhan
Assalamua'laikum wr.wb.
Kepada anda yang berminat atau sedang mencari bisnes yang sesuai pada bulan ramadhan yang akan datang, CKT Global mencadangkan Char Kuey Teow Penang sebagai satu peluang perniagaan. Kursus akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 11 Jun 2011
Hari : Sabtu
Masa : 9.00pagi - 2.00ptg
Tempat : Kolej Komuniti Selayang
Yuran RM70.00Shj
Tarikh Tutup Pendaftaran 5 JUN 2011
Sila daftar segera di bahagian 'online' daftar kursus
Monday, May 9, 2011
Galakkan Program Keusahawanan di Kolej Komuniti Ledang Johor
Program Keusahawanan Char Kuey Teow yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Ledang mendidik peserta menceburi bidang perniagaan. Mantan Pengarah KKLJ En Nordin, menggesa peserta supaya melibatkan diri dalam perniagaan supaya 'kek ekonomi' dapat dikongsi oleh semua kaum secara seimbang.
Thursday, May 5, 2011
Latihan Amali Char Kuey Teow di Kolej Komuniti Ledang Johor
Thursday, April 21, 2011
Tuesday, April 19, 2011
Tuesday, April 12, 2011
Pendaftaran Kursus 16 April Masih di Buka
Assalamua'laikum wr.wb
Kepada sesiapa yang baru terbaca iklan atau mengetahui tentang kursus di Kolej Komuniti Selayang pada 16 April ini, pendaftaran masih di buka. Sila keruangan daftar kursus untuk mendaftar.
Harap Maklum
Saturday, March 19, 2011
Kursus Usahawan Char Kuey Teow Bulan April 2011
Kursus Usahawan Char Kuey Teow Penang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : 16 April 2011 (sabtu)
Tempat : Kolej Komuniti Selayang, Selangor
Masa : 9.00pagi - 2.00petang
Yuran : RM60.00
Sijil akan dikeluarkan oleh Kolej Komuniti Selayang.
Tarikh Tutup Pendaftaran : 11 April 2011 (daftar segera kerana tempat terhad)
Friday, February 25, 2011
Kursus Tukang Masak Char Kuey Teow Bulan Mac 2011
Wednesday, February 23, 2011
Wakil Pengeluar Kicap CKT
Assalamua'laikum wr.wb dan Salam sejahtera.
Pihak kami bercadang untuk melantik wakil-wakil pengeluar kicap Char Kuey Teow keluaran kami. Kami memerlukan wakil-wakil dari seluruh negeri di Semenanjung. Cadangan ini bertujuan bagi mengurangkan kos pengangkutan yang meningkat secara melampau bermula feb 2011. Oleh yang demikian sesiapa yang berminat untuk menjadi wakil pengeluar kicap kami, sila daftar di bahagian 'online' ( atas sebelah kiri blog ). Para wakil kami kelak akan diberikan kursus khas memproses kicap serta peralatan yang digunakan untuk tujuan tersebut. Sekian terima kasih.
Pihak kami bercadang untuk melantik wakil-wakil pengeluar kicap Char Kuey Teow keluaran kami. Kami memerlukan wakil-wakil dari seluruh negeri di Semenanjung. Cadangan ini bertujuan bagi mengurangkan kos pengangkutan yang meningkat secara melampau bermula feb 2011. Oleh yang demikian sesiapa yang berminat untuk menjadi wakil pengeluar kicap kami, sila daftar di bahagian 'online' ( atas sebelah kiri blog ). Para wakil kami kelak akan diberikan kursus khas memproses kicap serta peralatan yang digunakan untuk tujuan tersebut. Sekian terima kasih.
Saturday, February 12, 2011
Kursus Teknik Memasak Char Kuey Teow
Tahniah kepada semua peserta yang telah menghadiri kursus Tukang Masak CKT di Kolej Komuniti Selayang. Terima kasih tak terhingga juga kepada Staff Kolej yang membantu menjayakan program ini.
Ucapan terima kasih juga kepada Citrus Restaurant & Cafe Bangsar Village kerana menggunakan Kicap keluaran kami.
Ucapan terima kasih juga kepada Sarimah Adzrina's Kitchen Sec 13 Shah Alam yang akan memulakan satu lagi menu ISTIMEWA Char Kuey Teow Penang pada 14 Feb 2011 ini. Semua yang berhampiran dipelawa menikmati citarasa resepi istimewa ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)

















