Tuesday, April 12, 2011

Pendaftaran Kursus 16 April Masih di Buka


Assalamua'laikum wr.wb

Kepada sesiapa yang baru terbaca iklan atau mengetahui tentang kursus di Kolej Komuniti Selayang pada 16 April ini, pendaftaran masih di buka. Sila keruangan daftar kursus untuk mendaftar.

Harap Maklum

Saturday, March 19, 2011

Kursus Usahawan Char Kuey Teow Bulan April 2011



Kursus Usahawan Char Kuey Teow Penang akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 16 April 2011 (sabtu)
Tempat : Kolej Komuniti Selayang, Selangor
Masa : 9.00pagi - 2.00petang
Yuran : RM60.00

Sijil akan dikeluarkan oleh Kolej Komuniti Selayang.
Tarikh Tutup Pendaftaran : 11 April 2011 (daftar segera kerana tempat terhad)

Wednesday, February 23, 2011

Wakil Pengeluar Kicap CKT

Assalamua'laikum wr.wb dan Salam sejahtera.
Pihak kami bercadang untuk melantik wakil-wakil pengeluar kicap Char Kuey Teow keluaran kami. Kami memerlukan wakil-wakil dari seluruh negeri di Semenanjung. Cadangan ini bertujuan bagi mengurangkan kos pengangkutan yang meningkat secara melampau bermula feb 2011. Oleh yang demikian sesiapa yang berminat untuk menjadi wakil pengeluar kicap kami, sila daftar di bahagian 'online' ( atas sebelah kiri blog ). Para wakil kami kelak akan diberikan kursus khas memproses kicap serta peralatan yang digunakan untuk tujuan tersebut. Sekian terima kasih.

Saturday, February 12, 2011

Kursus Teknik Memasak Char Kuey Teow




Tahniah kepada semua peserta yang telah menghadiri kursus Tukang Masak CKT di Kolej Komuniti Selayang. Terima kasih tak terhingga juga kepada Staff Kolej yang membantu menjayakan program ini.

Ucapan terima kasih juga kepada Citrus Restaurant & Cafe Bangsar Village kerana menggunakan Kicap keluaran kami.

Ucapan terima kasih juga kepada Sarimah Adzrina's Kitchen Sec 13 Shah Alam yang akan memulakan satu lagi menu ISTIMEWA Char Kuey Teow Penang pada 14 Feb 2011 ini. Semua yang berhampiran dipelawa menikmati citarasa resepi istimewa ini.

Tuesday, January 25, 2011

Kursus Tukang Masak Char Kuey Teow


Assalamua'laikum dan salam sejahtera.
Kepada anda yang berminat untuk mempelajari teknik mamasak Char Kuey Teow dengan menggunakan Kicap keluaran CKT GLOBAL ENTERPRISE, dipelawa mendaftar. Kepada pemilik-pemilik restoran atau kedai-kedai makan yang ingin menambah menu masakkan juga boleh menghantar pekerja untuk kursus ini. Butiran kursus adalah seperti berikut:

Tarikh : 12 Feb 2011 (sabtu)
Tempat : Kolej Komuniti Selayang, Selangor
Masa : 10 pagi - 2.00 petang
Yuran : RM60.00shj
Tarikh Tutup : 7 FEB 2011


TEMPAT TERHAD UNTUK 20 ORANG SAHAJA.

Sila hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut 017 343 7266

Monday, January 17, 2011

PENDAFTARAN PENGEDAR ONLINE KINI DIBUKA!!


Anda dipelawa untuk menjadi pengedar kami secara offline atau online. Disamping dapat menjalankan perniagaan bersama-sama kami, anda juga bakal menikmati komisen yang tinggi daripada bisnes ini. DAFTAR SEKARANG!! PERCUMA!!! layari www.cktglobal.com

Sunday, January 9, 2011

PROMOSI SELURUH NEGARA!!!


Promosi kepada sesiapa yang berminat menjadi pengedar. Kami menawarkan penghantaran PERCUMA kicap 340ml ke alamat anda. Hanya dengan bayaran serendah RM50.00 untuk 20 botol kicap. CEPAT HUBUNGI SAYA SEMENTARA STOK PROMOSI MASIH ADA.

Monday, December 27, 2010

Kicap Jenama ANDA Sendiri

Kandungan: 1 Liter

Salah satu daripada aktiviti perniagaan kami adalah mengeluarkan kicap/sos char kuey teow. Oleh itu kepada anda yang berminat untuk menjual kicap/sos ini dengan jenama ANDA sendiri, kami bersedia membekalkannya kepada anda. Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, kami menghargai jika anda menelefon kami untuk perbincangan lanjut.

Friday, December 24, 2010

PENGEDAR: E-Tech Centre, Kolej Komuniti Arau Perlis..

Kandungan: 1 Liter
  • Penggunaannya mudah
  • Rasanya SEDAP
  • Tahan 1 tahun (jika penutupnya belum dibuka)

CARA MENGGUNAKAN KICAP INI.

Kandungan: 1 Liter

1.Masukkan 2 sudu minyak masak ke dalam kuali
2.Masukkan 2 ekor udang
3.Setelah udang agak masak, masukkan cili kisar (secukup rasa)
4.Masukkan koey teow (120gm), tauge, kuchai dan kerang
5.Kemudian gaul sebati bahan2 tersebut
6.Masukkan Kicap CKT (60ml)
7.Kemudian masukkan 1 biji telur ayam.
8.Setelah telur separuh masak, gaul sekejap, tutup api. Angkat sebelum kicap kering.
9.SEDIA UNTUK HIDANGAN-(SEORANG)

Tuesday, November 23, 2010

SEDAPKAH CHAR KOEY TEOW ANDA?


SEDAP atau KURANG SEDAP satu perkara yang subjektif. Ini bergantung kepada citarasa seseorang. Setiap kali mengendalikan kursus, saya seringkali diajukan pertanyaan demikian.
Kadang-kadang kita diberitahu bahawa terdapat char koey teow yang sedap di suatu tempat...oleh kerana kita penggemar CKT, kita pergilah untuk menikmati citarasanya. emmmm setelah menjamahnya, rasanya memanglah ok tapi....tidaklah seperti kita harapkan. Sebaliknya kadang-kadang secara tidak sengaja kita terjumpa gerai kecil ditepi jalan yang menjual CKT, emmm SEDAP pula rasanya. Mungkin ianya adalah citarasa kita. Apa-apa pun sebagai peniaga kita akan menghidangkan yang terbaik kepada pelanggan. Tidak menjadi kesalahan sebagai seorang peniaga kita meletakkan banner dihadapan warung kita " CHAR KOEY TEOW YANG SEDAP". Jika ditanya adakah char koey teow saya SEDAP????? Jawapan saya adalah "SAYA BERANI BERSAING"

Iklan yang disiarkan oleh KOSMO

Sunday, November 7, 2010

Persetujuan E-Tech Centre Kolej Komuniti Arau Perlis mengedar lebih 1,000 botol kicap CKT dalam kerjasama pintar bersama CKT Global Enterprise

Bahan-bahan yang sama tidak menjamin citarasa yang sama


Kadang-kadang ada dikalangan peserta kursus bertanya mereka pernah mendapatkan resepi char koey teow daripada peniaga CKT yang terkenal. Malah bahan-bahanya juga diperolehi daripada peniaga tersebut. Malangnya apabila pulang dan mencuba menyediakan sendiri..citarasanya tidak sama...perlu di ingat peralatan memainkan peranan penting dalam citarasa masakan Char Koey Teow..ianya berbeza dengan peralatan yang biasa digunakan untuk memasak di rumah.
Belajar daripada pengalaman beberapa kursus yang lepas, rata-rata peserta mengadu susah untuk mendapatkan peralatan seperti yang di tunjuk semasa kursus. Ada juga yang was was untuk membelinya takut-takut tersalah pulak.
Oleh yang demikian, pada kursus yang akan datang, pihak penganjur akan menyediakan semua peralatan asas untuk menggoreng CKT kepada semua peserta untuk dibawa pulang. Peralatan tersebut ialah kuali, dapur( 1 set ), senduk, sudit, senduk kicap, senduk cili, senduk minyak dan juga kicap CKT 4.5 liter setiap seorang. Jadi, peserta boleh terus menggoreng sama ada di rumah, premis perniagaan atau pun memulakan perniagaan selepas berkursus. Kami mengharapkan pendekatan ini lebih memudahkan peserta menjadi usahawan CKT.

Thursday, November 4, 2010

Kursus Keusahawanan Char Koey Teow


Kursus keusahawanan Char Koey Teow akan diadakan seperti berikut:
Pada kursus kali ini semua peserta akan diberikan peralatan memasak untuk dibawa pulang ( kuali, 1 set dapur, senduk minyak, cili, dan kicap )

04 Disember 2010              kolej komuniti selayang, selangor

11 Disember 2010              kolej komuniti bukit beruang, melaka

18 Disember 2010              kolej komuniti arau, perlis

sesiapa yang berminat anda boleh mula mendaftar segera.