Tuesday, November 23, 2010

SEDAPKAH CHAR KOEY TEOW ANDA?


SEDAP atau KURANG SEDAP satu perkara yang subjektif. Ini bergantung kepada citarasa seseorang. Setiap kali mengendalikan kursus, saya seringkali diajukan pertanyaan demikian.
Kadang-kadang kita diberitahu bahawa terdapat char koey teow yang sedap di suatu tempat...oleh kerana kita penggemar CKT, kita pergilah untuk menikmati citarasanya. emmmm setelah menjamahnya, rasanya memanglah ok tapi....tidaklah seperti kita harapkan. Sebaliknya kadang-kadang secara tidak sengaja kita terjumpa gerai kecil ditepi jalan yang menjual CKT, emmm SEDAP pula rasanya. Mungkin ianya adalah citarasa kita. Apa-apa pun sebagai peniaga kita akan menghidangkan yang terbaik kepada pelanggan. Tidak menjadi kesalahan sebagai seorang peniaga kita meletakkan banner dihadapan warung kita " CHAR KOEY TEOW YANG SEDAP". Jika ditanya adakah char koey teow saya SEDAP????? Jawapan saya adalah "SAYA BERANI BERSAING"

No comments:

Post a Comment