Thursday, September 22, 2011

Jadi tak Char Kuey Teow Anda????



Assalamua'laikum wr.wb kepada semua pembaca @ pelawat blog cktglobal.
Kepada pelanggan-pelanggan yang telah membeli kicap CKT daripada kami, adakah masakan anda menjadi seperti gambar di atas tu??
Saya mendapat banyak panggilan telefon dan juga sms daripada pelanggan saya dimana rata-rata antara mereka mengadu Char Kuey Teow menjadi Koey Teow Goreng....
Sebenarnya itu adalah perkara biasa terutama kepada tuan/puan yang pertama kali memasak CKT....tambahan pula memasak hanya berpandukan cara memasak pada label. Pengalaman saya mengadakan kursus CKT...majoriti peserta yang pertama kali memasak akan menghasilkan koey teow goreng dahulu.....sebelum menjadi Char Kuey Teow. Kebanyakan masakan tidak berkuah dan kering. Perkara ini terjadi kerana tuan/puan belum dapat mengingat step memasak tersebut dan masih kurang biasa dengan kawalan api...
Kepada sesiapa pun...sebenarnya CKT boleh dimasak oleh sesiapa sahaja tetapi memerlukan latihan atau perlu selalu memasaknya...saya sendiri berlatih beberapa minggu sebelum memulakan perniagaan ini suatu masa dahulu.
Kepada yang ingin cuba memasak lagi....
saya ucapkan selamat berjaya atau yang berada di lembah klang boleh menghadiri kursus yang bakal di adakan pada 22 OKT 2011 nanti untuk mendapat panduan dan tips secara langsung daripada saya.


No comments:

Post a Comment