Tuesday, November 23, 2010

SEDAPKAH CHAR KOEY TEOW ANDA?


SEDAP atau KURANG SEDAP satu perkara yang subjektif. Ini bergantung kepada citarasa seseorang. Setiap kali mengendalikan kursus, saya seringkali diajukan pertanyaan demikian.
Kadang-kadang kita diberitahu bahawa terdapat char koey teow yang sedap di suatu tempat...oleh kerana kita penggemar CKT, kita pergilah untuk menikmati citarasanya. emmmm setelah menjamahnya, rasanya memanglah ok tapi....tidaklah seperti kita harapkan. Sebaliknya kadang-kadang secara tidak sengaja kita terjumpa gerai kecil ditepi jalan yang menjual CKT, emmm SEDAP pula rasanya. Mungkin ianya adalah citarasa kita. Apa-apa pun sebagai peniaga kita akan menghidangkan yang terbaik kepada pelanggan. Tidak menjadi kesalahan sebagai seorang peniaga kita meletakkan banner dihadapan warung kita " CHAR KOEY TEOW YANG SEDAP". Jika ditanya adakah char koey teow saya SEDAP????? Jawapan saya adalah "SAYA BERANI BERSAING"

Iklan yang disiarkan oleh KOSMO

Sunday, November 7, 2010

Persetujuan E-Tech Centre Kolej Komuniti Arau Perlis mengedar lebih 1,000 botol kicap CKT dalam kerjasama pintar bersama CKT Global Enterprise

Bahan-bahan yang sama tidak menjamin citarasa yang sama


Kadang-kadang ada dikalangan peserta kursus bertanya mereka pernah mendapatkan resepi char koey teow daripada peniaga CKT yang terkenal. Malah bahan-bahanya juga diperolehi daripada peniaga tersebut. Malangnya apabila pulang dan mencuba menyediakan sendiri..citarasanya tidak sama...perlu di ingat peralatan memainkan peranan penting dalam citarasa masakan Char Koey Teow..ianya berbeza dengan peralatan yang biasa digunakan untuk memasak di rumah.
Belajar daripada pengalaman beberapa kursus yang lepas, rata-rata peserta mengadu susah untuk mendapatkan peralatan seperti yang di tunjuk semasa kursus. Ada juga yang was was untuk membelinya takut-takut tersalah pulak.
Oleh yang demikian, pada kursus yang akan datang, pihak penganjur akan menyediakan semua peralatan asas untuk menggoreng CKT kepada semua peserta untuk dibawa pulang. Peralatan tersebut ialah kuali, dapur( 1 set ), senduk, sudit, senduk kicap, senduk cili, senduk minyak dan juga kicap CKT 4.5 liter setiap seorang. Jadi, peserta boleh terus menggoreng sama ada di rumah, premis perniagaan atau pun memulakan perniagaan selepas berkursus. Kami mengharapkan pendekatan ini lebih memudahkan peserta menjadi usahawan CKT.

Thursday, November 4, 2010

Kursus Keusahawanan Char Koey Teow


Kursus keusahawanan Char Koey Teow akan diadakan seperti berikut:
Pada kursus kali ini semua peserta akan diberikan peralatan memasak untuk dibawa pulang ( kuali, 1 set dapur, senduk minyak, cili, dan kicap )

04 Disember 2010              kolej komuniti selayang, selangor

11 Disember 2010              kolej komuniti bukit beruang, melaka

18 Disember 2010              kolej komuniti arau, perlis

sesiapa yang berminat anda boleh mula mendaftar segera.