Wednesday, December 30, 2015

KURSUS CKT USAHAWAN - ASAS JANUARI 2016


Assalamu'alaikum wr.wb
Kursus usahawan CKT akan dimulakan dengan pembelajaran penghasilan kicap/sos. Peserta akan melihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya. Pada masa ini peserta akan berkomunikasi dengan tenaga pengajar berkaitan penyediaan kicap/sos CKT.
Apabila kicap/sos ini telah siap, peserta akan diperkenalkan secara teori tentang char kuey teow, peralatan, bahan serta keperluan untuk memulakan perniagaan ini. Peserta akan berinteraksi dan bersoal jawab dengan tenaga pengajar kami berhubung kemahiran dan pengalaman kami.
Apabila telah selesai bahagian teori, peserta akan kebahagian dapur (kitchen) untuk bahagian praktikal. Peserta akan memulakan praktikal memasak setiap seorang sebagaimana yang dipelajari semasa teori menggunakan kicap yang dihasilkan tadi.
Kepada yang berminat untuk kami kongsikan pengalaman dan kemahiran kami selama hampir 10 tahun ini anda boleh menghadiri kursus bulan Januari 2016 seperti berikut :-

Tarikh : 30 Jan 2016
Hari : Sabtu
Masa : 10am - 4pm
Tempat : School of Char Kuey Teow, Arau Perlis.

Tarikh TUTUP PENDAFTARAN 25 JAN 16

*kami menyediakan bilik penginapan kepada peserta yang memerlukan.

KLIK DI SINI UNTUK MENDAFTAR

Wednesday, November 25, 2015

USAHAWAN SOSIAL

Kami menjalankan perniagaan, di samping berkongsi kemahiran dan pengalaman yang kami miliki kepada masyarakat. Tujuan tidak lain dan tidak bukan supaya ianya boleh memberi manfaat kepada orang lain serta membantu mengurangkan masalah sosial seperti pengangguran atau untuk menambah pendapatan dalam berdepan kos sara hidup yang semakin tinggi.

Sunday, November 8, 2015

KURSUS 28 NOVEMBER 2015 ATAS PERMINTAAN SEMPENA CUTI SEKOLAH - PENDAFTARAN DIBUKA



Assalamualaikum wr.wb
Atas permintaan beberapa orang peserta yang tidak berkesempatan untuk menyertai kursus yang lalu, kami telah menetapkan satu lagi tarikh bagi kursus yang sama seperti berikut :

Tarikh : 28 November 2015
Tempat : School of Char Kuey Teow - Arau
Masa : 10.00 pagi - 4.00 petang

Peserta akan mempelajari -
- Cara penyediaan kicap CKT
- Teori teknik memasak CKT
- Praktikal memasak CKT (setiap seorang)

kepada yang berminat sila daftar sebelum 20 November 2015.

p/s : Daftar SEGERA kerana tempat TERHAD!!!

KURSUS PERTAMA PENGHASILAN KICAP DAN PENYEDIAAN CHAR KUEY TEOW DI ARAU


Alhamdulillah,
Bersyukur kepada Allah S.W.T keatas limpah kurnia serta keizinanNya, kursus pertama yang melibatkan pembelajaran menghasilkan kicap Char Kuey Teow selesai dengan sempurna. 6 orang peserta yang terlibat telah mempelajari cara membuat kicap sebelum meneruskan teknik memasak Char Kuey Teow mengunakan kicap yang dihasilkan mereka.
Kursus bermula jam 10.00 pagi dan tamat sekitar jam 4.00 petang. Pelbagai persoalan dan pandangan di utarakan dalam usaha untuk memulakan perniagaan ini.
Saya mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang sanggup datang ke Arau, Perlis dalam misi menuntut ilmu pengetahuan. Rata-rata peserta daripada Johor, Selangor dan Perak.
Tahniah kepada En Wan Norimran dan isteri Pn Rosnah daripada Puchong, walaupun telah 5 tahun berniaga CKT, masih mengikuti kursus kami apabila terdapat teknik dan pembelajaran baru yang di sediakan.
Akhir kata tahniah kepada semua peserta semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.




Sunday, November 1, 2015

LABEL BARU KICAP CHAR KUEY TEOW

Assalamualaikum wr.wb.
Makluman kepada semua pembaca blog dan juga pengguna Kicap CKT. Mulai 1 November 2015 kami telah memperbaharui label pada botol-botol kicap CKT keluaran CKT Glocal Ent. Walau bagaimanapun keaslian dan kesedapan kicap adalah kekal. Harap maklum. 

Wednesday, October 7, 2015

KURSUS USAHAWAN CHAR KUEY TEOW - NOVEMBER 2015


Assalamu'alaikum
CKT Glocal buat pertama kalinya akan menganjurkan kursus keusahawanan Char Kuey Teow di premis latihan terbaru kami di Arau Perlis. Kepada bakal usahawan yang berminat anda merupakan peserta istimewa kami. Istimewanya kursus kami kali ini serta kursus-kursus yang akan datang ialah, anda akan belajar membuat KICAP/SOS Char Kuey Teow sebelum meneruskan mempelajari teori dan praktikal menghasilkan Char Kuey Teow. Jangan lepaskan peluang ini. Sila daftar SEKARANG!!!!
Maklumat kursus:

Tarikh : 07/11/15 (sabtu)
Tempat : School of Char Kuey Teow ( Kompleks Tok Arau, Perlis )
Tarikh Tutup daftar : 26/10/15

Peserta akan mempelajari :
1. Menghasilkan Kicap CKT
2. Menghasilkan Cili Kisar
3. Teori  & Amali menggoreng CKT
4. Nota Kursus
5. Sijil Penyertaan


Yuran : RM350 sahaja. (HARGA PROMOSI)

DAFTAR DI SINI




Friday, August 28, 2015

ANTARA PUNCA PERNIAGAAN / PEKERJAAN TIDAK MENDAPAT KEBERKATAN.

Kadangkala kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan sesuatu yang kita lakukan berhasil dengan cemerlang. Walaubagimanapun akhirnya apa yang berlaku adalah sebaliknya. Seringkali apa yang kita usahakan menempuh kegagalan. Saya mentafsirkan kegagalan dalam kontek ini sebagai belum mendapat keberkatan. Sebagai seorang muslim kita mempercayai bahawa islam menganjurkan umatnya untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk memburu kejayaan dan kemenangan.
Baca selanjutnya...


55. Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentausa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiadamempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (An Nur 55)

Monday, August 10, 2015

KURSUS USAHAWAN CHAR KUEY TEOW ( TEKNIK MEMASAK, PENYEDIAAN KICAP/SOS DAN MEMULAKAN PERNIAGAAN)






Assalamua'laikum wr.wb
Apa khabar kepada semua pembaca dan peminat Char Kuey Teow sekalian ? Saya mendoakan anda semua senantiasa di rahmatiNya. Telah lama saya tidak mengemaskini blog ini kerana kesibukan hal-hal yang lain.
Alhamdulillah, pada posting kali ini satu pembaharuan/penambahbaikkan terhadap kursus usahawan akan dilaksanakan. Selain penambahbaikan modul, peserta juga akan didedahkan teknik atau cara menghasilkan kicap@sos Char Kuey Teow di mana sebelum ini ianya tidak disertakan sekali.
Pihak CKT Global Alhamdulillah berpuas hati dengan penerimaan masyarakat terhadap citarasa kicap@sos ini dan kami telah bersedia untuk berkongsi kepada masyarakat umum.
Kepada pelanggan-pelanggan kami seperti Kolej Kolej Komuniti, Jabatan Pembangunan Wanita, Suruhanjaya Koperasi, Lembaga Zakat dan lain-lain boleh menghubungi kami untuk maklumat lanjut.

Sekian , terima kasih.

Thursday, December 11, 2014

USAHAWAN CKT DI PASAR TANI

Walaupun memulakan perniagaan seawal jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 thari, Char Kuey Teow tetap mendapat sambutan daripada pelanggan. Tiada istilah Char Kuey Teow hanya di makan pada waktu petang dan malam sahaja.

Wednesday, December 10, 2014

PERKONGSIAN ILMU...

Kolej Komuniti Selayang, Selangor 2010

Tuesday, December 9, 2014

Pelancaran Char Kuey Teow 1 Malaysia



Gabungan 2 agensi iaitu Kolej Komuniti Arau dan MARA Perlis serta NGO Majlis Belia Negeri perlis dalam usaha menggalakkan komuniti berniaga terutama generasi belia pada tahun 2010.


Sunday, December 7, 2014

PERKONGSIAN ILMU..

Assalamua'laikum wr.wb

Kolej Komuniti Arau, Perlis 2010

Setelah 2 tahun menjalankan perniagaan CKT, tahun 2010 saya mula berkongsi pengalaman dengan orang ramai tentang teknik perniagaan ini.

FOKUS!!!



Assalamua'laikum wr.wb

Menjalankan perniagaan tidak semestinya perlu dimulakan dengan mengeluarkan modal yang besar. Modal yang besar tidak menjamin keuntungan juga besar. Pengetahuan dan pengalaman penting untuk menjamin sesuatu perniagaan itu bertahan. Selain pengetahuan produk, ilmu pengurusan juga tidak kurang pentingnya dalam mengendalikan perniagaan.
Berbalik kepada FOKUS, apabila kita menceburi sesuatu bisnes, terutama perniagaan baru atau kita yang baru memulakan bisnes tersebut, fokus sangat penting supaya matlamat tidak tersasar. Pentingnya fokus dalam perniagaan, perniagaan kecil boleh menjadi besar. Jika kita melihat sejarah perniagaan yang kini merupakan sebuah perniagaan yang besar, dahulunya juga bermula dengan kecil - kecilan juga. 
Mengimbau pengalaman yang lalu, beberapa perniagaan yang saya ceburi adalah gagal. Walaupun gagal, saya bersyukur kerana dapat menimba pengalaman yang sangat berguna. Jika dahulu perniagaan yang saya jalankan kelihatan hebat dimata orang ramai. Modal yang saya gunakan setiap kali membeli barang perniagaan melibatkan puluahan ribu ringgit. Malah barang-barang ini saya dapatkan di luar negara. Sebulan sekali atau dua kali saya akan keluar negara atas urusan perniagaan ini. Rakan taulan sahabat handai gemar mendengar pengalaman saya keluar negara. Tidak sampai 5 tahun, saya terpaksa menghentikan perniagaan ini kerana mengalami kerugian.
Pada penghujung tahun 2007 saya memulakan bisnes Char Kuey Teow di tepi jalan demi mencari pendapatan menampung keperluan diri dan keluarga. Modal permulaan RM500 dan modal belian barangan perniagaan harian RM150 sehari.
Rata-rata rakan taulan sahabat handai bersimpati dengan saya, ada yang menawarkan peluang pekerjaan. Saya hanya tersenyum, pada hakikatnya pada masa itu, saya lebih boleh menyimpan (RM) berbanding dengan perniagaan yang glamour dahulu...
Memberi FOKUS dalam bidang ini secara konsisten, alhamdulillah saya masih bertahan. Bukan hanya untuk diri sendiri malah saya mampu juga berkongsi dengan orang ramai.

antara tempat perniagaan saya dahulu @ UiTM Arau Perlis.

Thursday, December 4, 2014

LULUS UJIAN...

Cili Kisar 1liter


Assalamua'laikum wr.wb

Kini anda tidak perlu bersusah payah menyediakan cili kisar. Tak perlu menggunting cili kering, tak perlu mengupas bawang putih dan yang penting....masa anda dapat di jimatkan. Kami menyediakan cili kisar yang terus boleh digunakan untuk menggoreng Char Kuey Teow.
Kami telah membuat ujian masakan, ianya berjaya seperti anda menyediakan sendiri cili kisar tersebut. Cili ini tahan lama jika penutupnya belum di buka. Selepas digunakan, sila simpan di dalam peti sejuk.
Cili kisar 1liter mampu menghasilkan sebanyak 30 pinggan Char Kuey Teow
Jika anda berminat untuk mencubanya...sila buat tempahan di ruang tempahan.

SELAMAT MENCUBA!!!

Tuesday, December 2, 2014

Modul Kursus Usahawan Char Kuey Teow

Assalamua'laikum wr.wb

Apa yang akan dipelajari ketika menghadiri kursus CKT ?
Terdapat 2 modul yang di gunakan:

1. Modul Asas Masakan
2. Modul Asas Perniagaan

Modul Asas Masakan CKT
- Modul ini lebih fokus kepada perkara asas untuk memulakan perniagaan CKT. Peralatan, bahan dan cara penyediaan bahan serta masakankan lebih di tekankan.
- Peserta akan di dedahkan secara teori dan akan praktikal secara amali.
- Jangkamasa kursus antara 5 hingga 6 jam sahaja.
- Sijil penyertaan akan dikeluarkan oleh CKT Global setelah selesai mengikuti kursus ini.

Modul Asas Perniagaan
- Modul ini akan dimulakan dengan teori keusahawanan. 
- Maksud keusahawanan, memupuk minat dalam perniagaan, kelebihan menjalankan perniagaan, persediaan sebelum dan semasa berniaga dan lain-lain akan di dedahkan kepada peserta.
- Model perniagaan akan menggunakan perniagaan CKT.
- Jangkamasa kursus 20jam.
- Sijil penyertaan akan dikeluarkan oleh penganjur.






Monday, November 3, 2014

APA KHABAR SEMUA....?

Assalamu'alaikum wr.wb / Salam Sejahtera

Hampir 3 bulan saya tidak kemaskini blog ini. Mohon maaf kepada semua pembaca. Sebenarnya banyak aktiviti telah dijalankan termasuk kursus dan latihan, rakaman oleh RTM (telah pun di siarkan oleh RTM1). Saya akan masukan masukan cerita-cerita itu dari masa ke semasa.

Baiklah saya ingin mengucapkan tahniah kepada peserta istimewa daripada Tabuan Jaya, Sarawak. Tahniah kepada Catherin Lenya Keith, Abdul safri Bin Abdul Latif dan Ivy Gracy Mona Henry Semui kerana telah berjaya mempelajari teknik menghasilkan Char Kuey Teow di sekolah CKT pada 01 Nov 2014. Semoga perkongsian sedikit ilmu ini dapat dimanfaatkan oleh anda semua.





Tuesday, July 29, 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1435


CKT Global ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat islam dimana jua anda berada.

Wednesday, July 2, 2014

ILMU DAN KEMAHIRAN ITU LEBIH PENTING...BUKAN SEKADAR KICAP!!!



Assalamu'alaikum wr.wb
Selamat menjalani ibadah puasa kepada pembaca yang beragma islam. Saya mendoakan agar ibadah puasa ini diterima oleh Allah SWT hendaknya.
Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman kepada pembaca blog CKT. Pengalaman menganjurkan kursus selama hampir 5 tahun ini, saya dapati ramai dikalangan peserta saya berpendapat bahawa hanya faktor kicap CKT yang menjamin sedap atau tidak sesuatu Char Kuey Teow itu. Ramai juga pelanggan-pelanggan yang membeli secara online memberitahu saya bahawa hasil masakan mereka tidak seperti mereka harapkan.

Sebenarnya terdapat faktor lain yang memberi kesan terhadap citarasa CKT. Kebiasaannya kicap yang berbeza adalah berbeza cara penggunaannya. Contohnya saya melihat rakan saya menggunakan kicap CKT nya hampir 2 senduk besar untuk menghasilkan sepinggan CKT dengan nyalaan api yang kuat daripada mula hingga akhir masakan. 

Berbeza pula dengan Kicap CKT Global, kami hanya memerlukan 1 senduk kecil untuk menghasilkan 1 pinggan CKT. Anda boleh bayangkan bagaimana citarasa dan keadaan CKT jika rakan saya menggunakan tekniknya kepada kicap CKT Global?? Sudah tentu kicap akan cepat habis dan citarasanya akan hancussss!!!

Oleh yang demikian, CKT Global telah membuat keputusan menubuhkan School of Char Kuey Teow semata-mata hanya memberi pengetahuan dan kemahiran yang betul untuk menggunakan kicap keluaran kami pada awal 2014 yang lalu. Selain itu juga kami amat menekankan kepuasan hati pelanggan apabila mendapat citarasa yang sama walaupun menikmatinya di tempat yang berbeza.

Peserta kursus kami di ajar menggunakan sukatan yang sama setiap kali memasak CKT. Oleh yang demikian saya menyeru kepada peminat CKT yang ingin menggunakan kicap ini supaya datang kepada kami untuk kami kongsikan pengalaman kami cara penggunaan kicap ini dengan cara yang betul.

Saya juga setuju, semua orang boleh menggoreng CKT dengan menonton cara penyediaannya di youtube, tetapi tak ramai yang boleh mengekalkan citarasanya sehingga menambat hati pelanggan. Jadikanlah menuntut ilmu itu sebagai proses memajukan diri kita dan bukan sebagai bebanan .

sekian. 

Monday, June 30, 2014

CKT OutLet DI SETIAP NEGERI SELEPAS AIDIL FITRI


CKT Global akan mewujudkan 'OutLet' di setiap negeri bermula secara berperingkat selepas Aidil Fitri akan datang. Kepada yang berminat untuk menjadi rakan kongsi kami, kami amat mengalu-alu kan penyertaan daripada tuan/puan. Sebarang pertanyaan sila hubungi 017 343 7266 @ email kepada ckt1malaysia@gmail.com.