Friday, April 27, 2012

Promosi kicap char kuey teow pek percubaan. Sesiapa yang baru nak mencuba masak CKT kat rumah boleh la cuba pek ini. Mengandungi 600ml kicap akan dihantar terus ke alamat anda. Kami menggunakan perkhidmatan pos laju bagi setiap penghantaran. Sila buat belian di bahagian tempahan.
TEMPAH SEKARANG JUGA SEMENTARA STOK MASIH ADA!!!

Tuesday, April 24, 2012

PELENGKAP RASA...CILI JERUK



Assalamu'alaikum wr.wb
Bagaimana dengan char kuey teow anda?? Saya berharap dengan adanya video cara memasak dan contoh peralatan akan memudahkan anda menghasilkan CKT yang terbaik. Baiklah..rasanya kurang lengkap CKT anda jika tidak dihidangkan bersama CILI JERUK. Emmmm memang benar, jika CKT dimakan bersama dengan CILI JERUK citarasanya lebih ummmmhhhh!!!
Begini caranya untuk anda menyediakan CILI JERUK.

1.Potong cili 
2.Rendam dalam air panas (15minit)
3.Tos dan bersihkan dengan air bersih.
4.Masukkan dalam botol
5.Masukkan cuka (agak-agak cili tenggelam @ lebih sikit pun ok)
6.Masukkan 1sb gula dan 1sb garam
7.Tutup botol....dah boleh guna, tak perlulah nak peram 2 3 hari pulak

SELAMAT MENCUBA!!

Wednesday, April 11, 2012

Kicap CKT Resepi diperbaharui...



Assalamu'alaikum wr.wb
Kepada semua blog CKT Global, di sini kami ingin mengumumkan bahawa kami telah mempertingkatkan lagi resepi kicap kami. Bermula 10 April 2012 kicap CKT telah ditingkatkan lagi aroma citarasanya. Jika anda seorang peniaga, pelanggan anda akan dapat menikmati lebih kelazatan aromanya. Fomula ini akan menyebabkan pelanggan anda lebih mengingati citarasa Char Kuey Teow anda.

Oleh yang demikian kami mempelawa anda untuk mencuba resepi terbaru ini. Kami akan menghantar kepada anda walaupun hanya 1 botol. Buat pesanan SEGERA dengan tawaran istimewa ini. Sila buat tempahan di bahagian 'tempahan' 
Cara  memasak disertakan.

Monday, March 26, 2012

MASALAH TEKNIKAL SEDANG DIBAIKI




Assalamua'laikum wr.wb
Kepada semua pelawat CKT GLOBAL kami memohon maaf kerana terdapat sedikit masalah teknikal untuk TEMPAHAN KICAP, DAFTAR PENGEDAR SERTA EMAIL ADMIN. Masalah ini sedang dalam proses untuk dibaik pulih.

Harap Maklum
CKT GLOBAL ENTERPRISE

Wednesday, February 29, 2012

KURSUS USAHAWAN CKT KAWASAN UTARA


Assalamu'alaikum wr.wb

Kursus usahawan Char Kuey Teow kali ini akan diadakan di Utara seperti berikut.

Tarikh : 24 Mac 2012 (sabtu)
Tempat : Kolej Komuniti Arau, Perlis
Masa : 9.00pg - 3.00ptg
Tarikh Tutup : 17 Mac 2012

Penyertaan adalah terhad. Sila daftar sekarang juga.

Pendaftaran secara online terdapat di bahagian "pendaftaran"

Monday, February 27, 2012

STOKIS CKT GLOBAL ONE STOP CENTER



Assalamua'laikum wr.wb
Alhamdulillah sehingga hari ini, Produk-produk CKT GLOBAL semakin dikenali dan semakin mendapat sambutan di setiap negeri termasuk Sarawak dan Sabah. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua pengguna produk terutama kicap CKT dan juga kepada semua pengedar-pengedar online yang tidak jemu-jemu mempromosikan produk ini.
Kita juga bersyukur kerana sedikit sebanyak dapat berbakti dan mencurahkan sedikit ilmu pengetahuan kepada masyarakat. Kalau mengikut carian di google, CKT GLOBAL adalah satu-satunya badan yang menganjurkan kursus usahawan char kuey teow di Malaysia.
Anda boleh taip 'usahawan char kuey teow' di carian google dan lihat keputusannya.

Setelah 6 tahun menjalankan perniagaan ini, diatas permintaan tinggi daripada pelbagai pihak di seluruh negara, CKT GLOBAL berhasrat untuk mewujudkan stokis-stokis one stop center di setiap negeri. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan urusan perniagaan di setiap negeri selain untuk mewujudkan usahawan-usahawan baru didalam bidang ini.

Stokis berperanan sebagai:-
1.Mengedar kicap CKT kepada peniaga dan peruncit
2.Membekal peralatan lengkap untuk memulakan perniagaan CKT
3.Membekalkan peralatan & kelengkapan lengkap untuk Pakej Perniagaan CKT
4.Menganjurkan kursus-kursus usahawan CKT

Sehingga hari ini CKT GLOBAL merupakan rakan strategik keusahawanan di beberapa Kolej Komuniti di Malaysia dan kita akan mengembangkan lagi untuk badan-badan yang lain.

Kepada anda yang berminat untuk berkongsi perniagaan dengan kami amatlah di alu-alukan. Kami berharap anda tidak segan-segan untuk bertanya sebarang kemyuskilan
kepada kami.

Anda boleh hubungi 017 343 7266 @ email ckt1malaysia@gmail.com

Terima Kasih

Wednesday, February 15, 2012

Kami kini membekal KUEY TEOW & MEE KUNING DI Perlis




Kepada individu @ pengusaha makanan yang mencari KUEY TEOW dan MEE KUNING keluaran Muslim boleh hubungi kami pada bila-bila masa. Boleh juga didapati di gerai julan kami di Pasar Tani Taman Sena Indah setiap sabtu dan ahad (8.00pg - 12.00thari)

Kuey Teow berkualiti tahan sehingga 1 minggu.

Sunday, February 5, 2012

CHAR KUEY TEOW PENGANTIN

Tahniah kepada Pn Siti Rafeah Binti Illias dan En Saiful Hidayat Bin Sulaiman. Terima kasih kerana memberi peluang kepada CKT GLOBAL untuk menyediakan masakan Char Kuey Teow kepada para tetamu.








Thursday, December 29, 2011

CILI KISAR Char Kuey Teow CKT GLOBAL

Assalamu'alaikum wr.wb
Demi memenuhi permintaan daripada pelanggan-pelanggan dan juga untuk lebih memudahkan pelanggan memasak Char kuey Teow, CKT Global bakal mengeluarkan CILI KISAR yang digunakan untuk menghasilkan CKT...

Pelanggan tidak perlu bersusah payah untuk menyediakannya lagi, kami akan sediakan untuk anda. CILI KISAR kini dalam peringkat akhir ujian makmal dan akan dikeluarkan tidak lama lagi...tunggguuuu ya!!!!

wassalam

Tuesday, December 20, 2011

Usahawan Pasar Tani

Pada mulanya ramai yang mempersoalkan siapa yang akan makan Char Kuey Teow seawal 8.00pagi??? Walaubagaimana pun sesuatu yang baru mesti dicuba untuk melihat hasilnya.
Kami telah pun mencubanya!!! Rupa-rupanya ramai yang suka bersarapan pagi dengan CKT.
Kesimpulannya, Anda juga boleh menjadi Usahawan CKT di pasar tani, proses permohonan tapak dengan FAMA sangat mudah.




Wednesday, November 30, 2011

KURSUS USAHAWAN CKT AKHIR TAHUN



Assalamu'alaikum wr.wb.
CKT GLOBAL bercadang untuk mengadakan kursus usahawan CKT yang terakhir untuk tahun ini iaitu pada 24 Disember 2011 akan datang. Ini berikutan permintaan yang saya terima melalui telefon dan email untuk mengadakan kursus ini. Saya berharap jumlah peserta mencukupi ( 15 - 20 orang ) untuk kita jalankan kursus ini. Pendaftaran dan maklumat lanjut di ruang 'pendaftaran'

HARAP MAKLUM

Keratan Akhbar Program CKT GLOBAL