CKT Global terlibat sebagai salah sebuah syarikat dibawah unit Usahawan Agroprenuer Muda (UAM) Kementerian Pertanian Malaysia dalam membuat pameran produk pada 26/27 Jun 2014.
Menganjur kursus penghasilan char koey teow, Pengeluar kicap char koey teow, Perunding perniagaan char koey teow dan Kursus keusahawanan. Tel:017 343 7266
Monday, June 30, 2014
KARNIVAL AGROPRENUER MUDA , TMN KOPERASI POLIS BATU CAVES
Sunday, June 29, 2014
SELAMAT BERPUASA
Assalamu'alaikum
Kami mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pembaca blog CKT Global yang beragama islam. Semoga Ramadhan tahun ini akan meningkatkan lagi ketakwaan kita semua kepada Allah SWT.
Kami mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua pembaca blog CKT Global yang beragama islam. Semoga Ramadhan tahun ini akan meningkatkan lagi ketakwaan kita semua kepada Allah SWT.
Tuesday, June 24, 2014
TAHNIAH MAJLIS BELIA WILAYAH PERSEKUTUAN
Tahniah dan terima kasih kepada Presiden MBWP Sdr Hamizi Juah kerana memberi sokongan kepada belia untuk terlibat dalam perniagaan Char Kuey Teow pada Ramadhan akan datang. Semoga dengan sokongan tersebut lebih ramai golongan belia akan terlibat dalam bidang perniagaan, tidak kira lah perniagaan apa pun yang pentingnya adalah HALAL.
Sunday, June 8, 2014
CKT Global DI FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA 2014
Penglibatan CKT Global dalam bersama-sama menjayakan sambutan FBP 2014 di Putrajaya baru-baru ini. CKT Global bersama-sama Koperasi Majlis Belia Malaysia menjayakan pameran di Pavilion Koperasi Belia Malaysia.
| Majlis Perasmian Pavillion Koperasi |
| Produk Koperasi KoMBM |
| Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Datuk Jamil Salleh |
| Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia Hajah Hawa Mohamed Salleh |
| Pengerusi Koperasi Majlis Belia Malaysia Mohammed Maliki Mohammed Rafaie |
| Acara demontrasi Char Kuey Teow |
| Pengunjung mencuba bakat menggoreng CKT |
Wednesday, May 14, 2014
BENGKEL USAHAWAN MUDA CHAR KUEY TEOW
Baru-baru ini pada 10 & 11 Mei 2014 Bengkel Usahawan Muda Char Kuey Teow telah di adakan di Kompleks Belia dan Sukan Kg Pandan Wilayah Persekutuan. Program anjuran Koperasi Majlis Belia Malaysia (KoMBM) dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Suruhanjaya Koperasi Wilayah Persekutuan. Seramai 25 ahli KoMBM mendapat manfaat daripada bengkel berkenaan.
Wednesday, May 7, 2014
PELUANG KEEMASAN MENANTI ANDA...
Assalamu'alaikum
Kepada semua pembaca blog CKT Global, satu program Usahawan Muda Char Kuey Teow akan berlangsung anjuran Koperasi Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan CKT Global Enterprise.
Pada hari berkenaan hadirin akan berpeluang mendapat maklumat berkenaan bantuan perniagaan yang bakal disediakan oleh SKM dan KoMBM kepada para belia khususnya.
Saya menjemput belia khususnya yang berada di sekitar Lembah Klang untuk menghadiri program ini.
Tarikh : 10 Mei 2014 (sabtu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Kompleks Sukan Kg Pandan
p/s : sila sms nama dan ic kepada 017 343 7266 kepada yang berminat untuk hadir.
sekian.
Tuesday, April 1, 2014
KURSUS KHAS - RAKAN NIAGA
Assalamu'alaikum
CKT Global akan menganjurkan kursus khas kepada yang berminat menjadi rakan niaga kami sekitar Lembah Klang. Peserta yang berminat boleh mula mendaftar dengan segera kerana penyertaannya terhad. Pada kursus kali ini semua peserta akan di bekalkan peralatan asas seperti Kuali, Dapur (lengkap), Sudip dan Senduk, Kicap CKT serta latihan perniagaan. Golongan belia dan mahasiswa ( 18 - 40 thn ) amat di galakkan menyertai kerana bakal memperolehi banyak manfaatnya dalam menjalankan perniagaan kelak.
Matlamat kursus khas ini adalah untuk mewujudkan rakan niaga kami sekitar Lembah Klang dengan kemudahan perniagaan yang lebih baik kepada bakal usahawan. Maklumat kursus:
Tarikh : 27/4/14 (ahad)
Tempat : School of Char Kuey Teow ( Bandar Baru Bangi )
Tarikh Tutup daftar : 16/4/14
Peserta akan mendapat :
1. Kuali
2. Dapur (lengkap)
3. Senduk & Sudip
4. Kicap CKT
5. Latihan Teori & Amali
6. Nota kursus
7. Sijil penyertaan
Yuran : RM350 sahaja.
Sunday, March 2, 2014
Program 1 Belia 1 Kemahiran di Arena Square Tanjong Malim, Perak
Thursday, January 30, 2014
Jom Bisnes Char Kuey Teow
Program taklimat bagi memulakan perniagaan Char Kuey Teow.
-Taklimat perniagaan
-Soal jawab
-Makan (char kuey teow)
-Bersurai
Tuesday, January 28, 2014
MENTERI BELIA MENYOKONG School of Char Kuey Teow
Tuesday, January 21, 2014
School of Char Kuey Teow Bandar Baru Bangi
Assalamu'alaikum
Kepada yang berminat menikmati citarasa Char Kuey Teow CKT Global, kini anda boleh menikmatinya di Bandar Baru Bangi. Selain itu juga, Tuan/Puan boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada kami jika ingin terlibat dalam perniagaan ini. Sila hubungi Faizal 012 5814 300 untuk tempahan atau temujanji.
TAHNIAH!!!
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Abg Wan Puchong kerana meluangkan masa berjumpa saya di Bandar Baru Bangi baru-baru ini. Walaupun telah 2 tahun menggunakan kicap CKT Global, baru-baru ini beliau meluangkan masa menghadiri kursus pendek bersama saya. Ternyata beliau mendapat sesuatu yang baru apabila berkongsi pengalaman bersama kami. Apa yang penting beliau telah dapat merasai citararasa Char Kuey Teow yang sebenar daripada CKT Global...
Subscribe to:
Posts (Atom)










































