Monday, March 26, 2012

MASALAH TEKNIKAL SEDANG DIBAIKI




Assalamua'laikum wr.wb
Kepada semua pelawat CKT GLOBAL kami memohon maaf kerana terdapat sedikit masalah teknikal untuk TEMPAHAN KICAP, DAFTAR PENGEDAR SERTA EMAIL ADMIN. Masalah ini sedang dalam proses untuk dibaik pulih.

Harap Maklum
CKT GLOBAL ENTERPRISE

Wednesday, February 29, 2012

KURSUS USAHAWAN CKT KAWASAN UTARA


Assalamu'alaikum wr.wb

Kursus usahawan Char Kuey Teow kali ini akan diadakan di Utara seperti berikut.

Tarikh : 24 Mac 2012 (sabtu)
Tempat : Kolej Komuniti Arau, Perlis
Masa : 9.00pg - 3.00ptg
Tarikh Tutup : 17 Mac 2012

Penyertaan adalah terhad. Sila daftar sekarang juga.

Pendaftaran secara online terdapat di bahagian "pendaftaran"

Monday, February 27, 2012

STOKIS CKT GLOBAL ONE STOP CENTER



Assalamua'laikum wr.wb
Alhamdulillah sehingga hari ini, Produk-produk CKT GLOBAL semakin dikenali dan semakin mendapat sambutan di setiap negeri termasuk Sarawak dan Sabah. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua pengguna produk terutama kicap CKT dan juga kepada semua pengedar-pengedar online yang tidak jemu-jemu mempromosikan produk ini.
Kita juga bersyukur kerana sedikit sebanyak dapat berbakti dan mencurahkan sedikit ilmu pengetahuan kepada masyarakat. Kalau mengikut carian di google, CKT GLOBAL adalah satu-satunya badan yang menganjurkan kursus usahawan char kuey teow di Malaysia.
Anda boleh taip 'usahawan char kuey teow' di carian google dan lihat keputusannya.

Setelah 6 tahun menjalankan perniagaan ini, diatas permintaan tinggi daripada pelbagai pihak di seluruh negara, CKT GLOBAL berhasrat untuk mewujudkan stokis-stokis one stop center di setiap negeri. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan urusan perniagaan di setiap negeri selain untuk mewujudkan usahawan-usahawan baru didalam bidang ini.

Stokis berperanan sebagai:-
1.Mengedar kicap CKT kepada peniaga dan peruncit
2.Membekal peralatan lengkap untuk memulakan perniagaan CKT
3.Membekalkan peralatan & kelengkapan lengkap untuk Pakej Perniagaan CKT
4.Menganjurkan kursus-kursus usahawan CKT

Sehingga hari ini CKT GLOBAL merupakan rakan strategik keusahawanan di beberapa Kolej Komuniti di Malaysia dan kita akan mengembangkan lagi untuk badan-badan yang lain.

Kepada anda yang berminat untuk berkongsi perniagaan dengan kami amatlah di alu-alukan. Kami berharap anda tidak segan-segan untuk bertanya sebarang kemyuskilan
kepada kami.

Anda boleh hubungi 017 343 7266 @ email ckt1malaysia@gmail.com

Terima Kasih

Wednesday, February 15, 2012

Kami kini membekal KUEY TEOW & MEE KUNING DI Perlis




Kepada individu @ pengusaha makanan yang mencari KUEY TEOW dan MEE KUNING keluaran Muslim boleh hubungi kami pada bila-bila masa. Boleh juga didapati di gerai julan kami di Pasar Tani Taman Sena Indah setiap sabtu dan ahad (8.00pg - 12.00thari)

Kuey Teow berkualiti tahan sehingga 1 minggu.

Sunday, February 5, 2012

CHAR KUEY TEOW PENGANTIN

Tahniah kepada Pn Siti Rafeah Binti Illias dan En Saiful Hidayat Bin Sulaiman. Terima kasih kerana memberi peluang kepada CKT GLOBAL untuk menyediakan masakan Char Kuey Teow kepada para tetamu.








Thursday, December 29, 2011

CILI KISAR Char Kuey Teow CKT GLOBAL

Assalamu'alaikum wr.wb
Demi memenuhi permintaan daripada pelanggan-pelanggan dan juga untuk lebih memudahkan pelanggan memasak Char kuey Teow, CKT Global bakal mengeluarkan CILI KISAR yang digunakan untuk menghasilkan CKT...

Pelanggan tidak perlu bersusah payah untuk menyediakannya lagi, kami akan sediakan untuk anda. CILI KISAR kini dalam peringkat akhir ujian makmal dan akan dikeluarkan tidak lama lagi...tunggguuuu ya!!!!

wassalam

Tuesday, December 20, 2011

Usahawan Pasar Tani

Pada mulanya ramai yang mempersoalkan siapa yang akan makan Char Kuey Teow seawal 8.00pagi??? Walaubagaimana pun sesuatu yang baru mesti dicuba untuk melihat hasilnya.
Kami telah pun mencubanya!!! Rupa-rupanya ramai yang suka bersarapan pagi dengan CKT.
Kesimpulannya, Anda juga boleh menjadi Usahawan CKT di pasar tani, proses permohonan tapak dengan FAMA sangat mudah.




Wednesday, November 30, 2011

KURSUS USAHAWAN CKT AKHIR TAHUN



Assalamu'alaikum wr.wb.
CKT GLOBAL bercadang untuk mengadakan kursus usahawan CKT yang terakhir untuk tahun ini iaitu pada 24 Disember 2011 akan datang. Ini berikutan permintaan yang saya terima melalui telefon dan email untuk mengadakan kursus ini. Saya berharap jumlah peserta mencukupi ( 15 - 20 orang ) untuk kita jalankan kursus ini. Pendaftaran dan maklumat lanjut di ruang 'pendaftaran'

HARAP MAKLUM

Keratan Akhbar Program CKT GLOBAL





Wednesday, October 19, 2011

KURSUS 22hb OKT 2011 TUNDA KE 29hb OKT 2011



Assalamua'laikum wr.wb
Kepada peserta kursus yang telah mendaftar untuk menghadiri kursus keusahawanan CKT di Kolej Komuniti Selayang di maklumkan kursus tersebut DITUNDA KEPADA 29hb OKT 2011 kerana KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN KOLEJ YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN.

CKT GLOBAL DAN PIHAK KOLEJ MEMOHON MAAF DI ATAS KESULITAN TERSEBUT.

Sebarang maklumat lanjut tuan/puan boleh menghubungi pihak CKT GLOBAL. Kepada peserta yang ingin mendaftar untuk kursus, pendaftaran masih di buka.

Sekian

Wednesday, October 5, 2011

Promosi Produk Baru



Assalamu'alaikum wr.wb

CKT Global ingin mempromosikan produk terbaru kami iaitu KICAP GORENG-GORENG.
Kicap pelbagai guna ini akan memudahkan anda menyediakan makan yang bersifat 'goreng'.

KEISTIMEWAAN

1.HALAL

2.MASAKAN ANDA TIDAK MEMERLUKAN BAHAN LAIN SEPERTI:
a.Sos Tiram
b.Kicap Pekat / Cair
c.Garam
d.Gula
e.Penambah Perisa (ajinomoto)

3.PRODUK TELAH LULUS UJIAN MAKMAL

4.PENGGUNAANNYA SANGAT MUDAH

5.SESUAI UNTUK K.TEOW, BIHUN, MEE, PASTA DLL

6.CARA MEMASAK TERDAPAT PADA LABEL

KEPADA PENIAGA, KAMI MENAWARKAN HARGA PROMOSI UNTUK 1KOTAK (20BOTOL) HANYA RM50 IAITU 1BOTOL RM2.50. HARGA JUALAN PADA LABEL RM4.90...KEUNTUNGAN SEHINGGA 96%.
INI ADALAH KERANA KOS PENGHANTARAN DIBAYAR OLEH CKT GLOBAL.

CEPAT BUAT TEMPAHAN SEKARANG JUGA SEMENTARA STOK PROMOSI MASIH ADA!!!!


Thursday, September 29, 2011

CHAR KUEY TEOW DI MANA YANG BEST ANDA PERNAH MAKAN???




Assalamua'laikumwr.wb
Kepada semua pelawat blog CKT Global...jika anda mempunyai kedai atau pernah makan Char Kuey Teow atau Kuey Teow Kerang yang best, bolehlah anda perkenalkan kepada pembaca-pembaca lain lokasi tersebut. Disamping itu dapat kita mempromosikan makan ini dengan lebih luas....
Anda boleh daftarkan lokasi berkenaan di bahagian ~PENDAFTARAN~

TERIMA KASIH


Tuesday, September 27, 2011

Pek Percubaan Kicap Kuey Teow Kerang Boleh Tempah Sekarang





Assalamua'laikum wr.wb
Kepada pelawat blog CKT Global yang berminat untuk mencuba memasak kuey teow kerang basah. Kini anda boleh menempah Pek Percubaan yang dikeluarkan khas untuk anda.

Dengan kicap ini anda tidak perlu lagi:

Sos Tiram
Sos Cili
Garam
Kicap Pekat
Penambah Perisa (ajinomoto)
Kicap Cair


Kicap KTK ini mempunyai secukup rasa HANYA RM20.00 SAHAJA.

Kepada peniaga...saya amat mengalu-alukan mencuba menu ini. Pelanggan saya sangat menggemarinya.
Kepada suri rumah...keluarga saya hampir setiap hari ingin menikmati kuey teow kerang basah ini.

Tempah sekarang di ~online~ Penghantaran menggunakan perkhidmatan Pos Laju

SAYA JUGA AKAN SERTAKAN SUDU KICAP 30ml SECARA PERCUMA!!!

TEMPAH SEKARANG JUGA.....