Wednesday, March 16, 2022

CIPTA SUASANA MINDA YANG BAHAGIA.


Perasaan benci atau dendam pada sesuatu keadaan atau pada seseorang antara penyebab utama kita tidak mampu mewujudkan suasana minda yang bahagia. Minda yang tidak bahagia tidak berupaya membantu kita untuk berjaya dalam kerjaya, hubungan dan kesihatan.

Friday, February 11, 2022

PRODUK BARU CKT GLOBAL INDUSTRIES

 Assalamualaikum wr.wb

Hampir 12 tahun mengendalikan blog ini. Tahun 2021 langsung tiada posting. Begini lah kehidupan yang di lalui. Setiap orang melalui jalan yang berbeza.

Hari ini saya ingin berkongsi maklumat kepada pembaca blog saya. Hampir 12 tahun ON OFF berkongsi maklumat tentang Char Kuey Teow, kini CKT GLOBAL berbesar hati untuk berkongsi satu produk baru kepada anda semua.

Hampir 2 tahun bermula selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama Mac 2020, CKT GLOBAL telah mengeluarkan produk pembasmi anai-anai dan semut. Produk ini telah terjual lebih dari 6 ribu unit dalam jangkamasa hampir 2 tahun.

Penjualannya adalah melalui platform online. Kami mengalu-alukan sesiapa yang mempunyai masalah anai-anai atau semut untuk mencuba produk ini. 

Produk ini tidak berbau dan sangat berkesan serta mudah digunakan.




RANAI CKTGLOBAL

Monday, November 2, 2020

Stay Home Stay Safe...

 Assalamualaikum wr.wb

Negara kita masih berjuang untuk memutuskan rantaian COVID 19. Jika tiada keperluan mendesak duduk di rumah. Kepada peniaga makanan, cuba fikirkan untuk memberi perkhidmatan dari 'Home Kitchen'. Minta  Bro Food Panda datang ambil dan hantar pada pelanggan.



Tuesday, October 27, 2020

HARGA ISTIMEWA SEMPENA KARNIVAL 11.11

 

        

Kicap 1250ml RM21.99 kini hanya RM18.99

Tempah di sini

Thursday, October 22, 2020

PELANGGAN PERTAMA SAYA BUAT REVIEW DI SHOPEE


 Kategori kali pertama goreng CKT untuk makan sendiri di rumah. Saya bagi 5 BINTANG!!!

Sunday, October 11, 2020

DAPATKAN KICAP CKT DI SHOPEE MALAYSIA

 Assalamualaikum wr.wb

Kini kicap/sos CKT GLOBAL boleh didapati di store shopee. Kos Penghantaran di Semenanjung Malaysia adalah PERCUMA!!!

4000ml klik di sini untuk tempahan

1500ml klik di sini untuk tempahan


Tuesday, October 6, 2020

FUH FUH...MAAF YA, BLOG SAYA DAH BERHABUK....

 Assalamualaikum...

Hampir setahun tidak update apa-apa posting di sini....

Apa khabar semua pembaca blog CKT GLOBAL ? Dah success goreng char kuey teow ?




Sunday, October 27, 2019

WELCOME BACK - PLATFORM PEMBELAJARAN ATAS TALIAN





Assalamualaikum wr.wb

Kami kembali semula dengan platform pembelajaran secara atas talian yang lebih efisyen. Kepada usahawan yang berminat pendaftaran telah di buka.

KELEBIHAN

1. Anda akan memiliki platform khas secara atas talian di atas nama anda sendiri.
2. Anda akan mendapat nota-nota pembelajaran pada platform anda.
3. Anda bebas berkomunikasi dengan saya melalui platform tersebut.
4. Saya akan membantu malah akan menghantar peringatan atas tugasan-tugasan kepada anda (jika perlu)
5. Sekiranya anda bersedia untuk terus membuka peniagaan, saya akan membimbing anda dengan membuat target serta tindakan-tindakan tersebut akan anda lihat secara progress.
6. Kos dapat dijimatkan serta proses pembelajaran lebih lama. 


DAFTAR SEKARANG!!!!

Sunday, December 3, 2017

PRODUCT KNOWLEDGE

Assalamualaikum.

Saya ingin menyentuh kembali tentang pengetahuan produk atau dalam bahasa inggeris biasa disebut 'product knowledge'. Ramai yang berpendapat bahawa menghasilkan CKT yang sedap hanya bergantung kepada sos/kicapnya sahaja. Pengalaman saya, pendapat itu benar tetapi kurang tepat. Beberapa faktor lain seperti peralatan juga memainkan peranan. Sila baca pengalaman awal sebelum saya mula berniaga dulu di http://cktglobal.blogspot.my/2016/10/kenapa-char-kuey-teow-saya-tak-jadi.html . Saya tekankan perkara ini kepada yang ingin berniaga. Jika hendak masak untuk keluarga sahaja, peralatan yang ada di rumah itu telah memadai.




Saturday, September 16, 2017

CKT GLOBAL LANCAR PEK USAHAWAN JARAK JAUH



Assalamualaikum.

CKT GLOBAL akan mula melancarkan Pek Usahawan CKT bermula 18 September 2017. Langkah ini berikutan bagi memudahkan setiap usahawan baru atau peminat CKT untuk menguasai cara menghasilkan CKT yang SEDAP lebih cepat. 

Selain itu mereka mampu menjimatkan masa, wang dan juga tenaga daripada menghadiri kursus di utara tanah air. Pek ini yang melengkapi kebanyakan nota penting di dalam siri-siri kursus yang telah diadakan. Terdapat juga soalan-soalan yang kerap kali di tanya oleh usahawan CKT. Contohnya kenapa CKT menjadi kering, rasa yang sentiasa berubah dan banyak lagi.

Masih terdapat ramai peserta kursus kami yang menunggu kursus yang akan datang, tetapi disebabkan terdapat banyak program-program luar, tarikh kami tidak dapat disamakan dengan peserta kursus.

Kami amat berharap dengan adanya Pek Usahawan ini usahawan dan peminat CKT boleh mempelajarinya dirumah sahaja.

Bagi memudahkan kepada mereka yang baru untuk terlibat dalam industri ini, CKT GLOBAL juga memperkenalkan semula PEK PERCUBAAN yang mengandungi 3 set botol kicap CKT 340ml.

Sila klik bahagian PESANAN PRODUK untuk memesan pek tersebut.

Akhir kata kami berharap produk ini bermanfaat kepada yang berminat. Kami memberikan HADIAH setiap pek yang di pesan.


Saturday, September 9, 2017

PEK ISTIMEWA UNTUK USAHAWAN BARU CKT BAKAL DILANCARKAN...



Assalamualaikum.
Kami mendapat banyak panggilan telefon dan tidak kurang juga yang menghantar mesej melalui whatapps dan juga email bertanya tentang kursus usahawan CKT yang terdekat. Pihak kami memohon maaf kerana kepadatan aktiviti kursus luar bersama agensi-agensi kerajaan dan swasta menyebabkan kesukaran kami melaksanakan kursus secara individu.

Kami menyedari perkara tersebut serta berusaha sehabis baik kepada peminat-peminat serta bakal usahawan CKT seluruh Malaysia.

InsyaAllah CKT GLOBAL akan melancarkan pek khusus kepada bakal-bakal usahawan bagi memudahkan usahawan mendalami teknik dan tips serta perkongsisan pengalaman kami dalam menghasilkan CKT yang terbaik. 

InsyaAllah 10 hari lagi...tungguuuuuu



Tuesday, July 18, 2017

DISIPLIN

Assalamualaikum.
Salah satu perkara yang biasa kami kongsi dengan bakal usahawan ialah disiplin menyimpan wang jualan di dalam bank. Setiap bulan menerima penyata daripada bank merupakan satu bukti bahawa usahawan itu benar-benar menjalankan perniagaan. Penyata bank ini juga boleh menjadi ukuran berkenaan kekuatan jualan sesebuah perniagaan tersebut dalam jangka masa panjang.
Awal pagi tadi saya melihat aplikasi whatapps saya dan ingin berkongsi antara perbualan kumpulan kursus usahawan kami. Semoga mereka terus istiqamah mengamalkan disiplin yang tinggi dalam perniagaan tidak kira perniagaan kecil atau pun besar.


Sunday, July 16, 2017

LEARNING BY DOING

Assalamualaikum.
Sejak menjalankan kursus-kursus usahawan terutama dalam membentuk usahawan Char Kuey Teow (CKT), saya melihat konsep belajar dan berniaga ini berkesan untuk melahirkan usahawan baru. Umumnya sesetengah individu tidak mahu melibatkan diri dalam perniagaan kerana mereka sendiri belum dapat merasai atau menjiwai kenikmatan dalam perniagaan itu sendiri.
Pada pandangan saya, perniagaan itu tidak kira kecil atau besar ianya bukan hanya semata-mata berusaha untuk mendapat keuntungan dalam soal kewangan sahaja. Ianya merangkumi nilai-nilai murni yang lain jauh lebih baik. Sebagai contoh kemahiran berkomunikasi sesama manusia, kemahiran pengurusan tekanan dan risiko, kemahiran membuat keputusan serta perlu mempunyai kekuatan jiwa yang mantap seperti sabar, berdisiplin, amanah dan jujur.

Pengalaman bersama peserta kursus saya semasa saya menziarahi beliau ketika beliau tidak sihat dan tidak mampu membuka perniagaannya. Ketika itu terdapat pelanggan-pelanggan yang rapat  menelefon bertanya kenapa tidak berniaga kerana mereka ingin membeli CKT. Peserta kursus saya memberitahu saya itu bukan kali pertama mendapat panggilan daripada pelanggan, sudah beberapa orang yang menelefonnya. Beliau berharap keesokan harinya beliau mampu untuk berniaga demi memenuhi permintaan pelanggannya. Jelas di sini bahawa faktor keuntungan bukan lagi menjadi agenda pertama untuk beliau berniagaan keesokan harinya itu. Tatapi dengan memenuhi serta permintaan pelanggannya, faktor keuntungan itu akan wujud secara tidak langsung.
Melayan atau menerangkan sesuatu situasi atau keadaan supaya pelanggan dapat menerimanya memerlukan kemahiran komunikasi yang baik supaya pelanggan akan tetap setia dengan kita.
Kini, setelah mereka memulakan perniagaan secara kecil-kecilan saya telah mula meminta mereka melihat keperluan untuk lebih memudahkan pelanggan membeli atau menggunakan perkhidmatan mereka. Begitu juga supaya mereka lebih medah dan cekap menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan mereka.
Pengalaman ini tidak akan diperolehi dengan sekadar berseminar di dalam bilik kuliah tetapi perlu terus disusuli dengan turun ke lapangan perniagaan.


Friday, July 14, 2017

MENJUNJUNG KASIH TUANKU.


Menjunjung Kasih kepada DYTM Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis kerana Mencemar Duli ke khemah usahawan Char kuey Teow bimbingan CKT GLOBAL & Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) pada majlis Jamuan Hari Raya MAIPs pada 11 Julai 2017.

Sunday, July 9, 2017

KICAP CKT EDISI KHAS

CKT GLOBAL mengeluarkan Kicap Char kuey Teow dengan botol edisi khas kandungan 1 liter untuk Kumpulan Transformasi Asnaf Perlis untuk jualan sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Semoga ianya bermanfaat.






Tuesday, June 27, 2017

PESERTA KURSUS CKT GLOBAL - ATAM DI BAZAR RAMADHAN PERLIS


Alhamdulillah, setelah selesai kursus secara kerjasama antara CKT GLOBAL dan Majlis Agama Islam Adat dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) salah seorang peserta telah berjaya menggunakan kemahiran menggoreng Char Kuey Teow (CKT) untuk berniaga di bazar ramadhan baru-baru ini. Mengambil kira jumlah pesanan kicapnya, kami yakin matlamat dan objektif CKT GLOBAL dan MAIPs untuk meningkatkan pendapat kumpulan sasar tercapai.
Peserta-peserta lain akan memulakan perniagaan masing-masing sebaik sahaja cuti hari raya berakhir nanti. Semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat kepada mereka.

Monday, May 29, 2017

CKT GLOBAL PERKENAL CKT ITALIAN STYLE SEMPENA RAMADHAN 2017

CKT Cheese Delizioso
Assalamualaikum.
Selamat menjalani ibadah puasa kepada muslimin dan muslimat di mana jua anda berada.
CKT Global memperkenalkan Char Kuey Teow Italian Style dalam menginovasikan kepelbagaian menu berasaskan Char Kuey Teow di Malaysia. Alhamdulillah food testing telah dijalankan, ianya mendapat sambutan yang sangat baik. Kepada peniaga di luar sana hubungi kami segera untuk mendapatkan maklumat lanjut untuk memulakan perniagaan ini. Suri rumah juga boleh menyediakan menu ini untuk hidangan seisi keluarga kerana Italian Style Lebih Mudah!!! Tak perlu stove high pressure pun jadi...
Tunggu posting seterusnya untuk style style yang seterusnya.....

Monday, May 1, 2017

APA KHABAR PEMINAT CHAR KUEY TEOW DI SABAH ?

CKT Global telah menjalankan ujian makmal terhadap pengeluaran kicap CKT di Sabah. InsyaAllah selepas mendapat keputusannya kelak, pengeluaran kicap CKT akan beroperasi di Sabah bah. Kepada yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan CKT di Sabah sila hubungi call/whatapps ke 017 343 7266


SANTAI BERSAMA TETAMU DENGAN HIDANGAN CKT SPECIAL

Terima kasih kepada semua keluarga yang bertandang ke rumah saya. Kami hanya mampu menyediakan CKT sahaja. Terima kasih juga kepada Mr Kening dengan post yang istimewa ini.