1.Masukkan 2 sudu minyak masak ke dalam kuali
2.Masukkan 2 ekor udang
3.Setelah udang agak masak, masukkan cili kisar (secukup rasa)
4.Masukkan koey teow (120gm), tauge, kuchai dan kerang
5.Kemudian gaul sebati bahan2 tersebut
6.Masukkan Kicap CKT (60ml)
7.Kemudian masukkan 1 biji telur ayam.
8.Setelah telur separuh masak, gaul sekejap, tutup api. Angkat sebelum kicap kering.
9.SEDIA UNTUK HIDANGAN-(SEORANG)
CARA MEMBUAT CILI KISAR Char Kuey Teow
Bahan-Bahan
1. 100gm cili kering
2. 50gm bawang putih
3. 30gm belacan
4. 1.5Liter air
Cara membuatnya
Potong cili kering untuk keluarkan bijinya. kemudian rendam 15minit dengan air mendidih. Tos dan basuh dengan air bersih. Mesin bersama bawang putih dan belacan dengan air yang 1.5liter tadi. Gunakan semua air tersebut termasuk untuk 'blend' cili.
SELAMAT MENCUBA!!
![]() |
| KICAP GORENG-GORENG |
KOEY TEOW GORENG / KERANG / NASI / MEE / BIHUN / PASTA DLL
Tumiskan masakan anda dengan 4 sudu besar KICAP GORENG-GORENG. Citarasanya pasti menyelerakan!!!
PENYEDIAAN KOEY TEOW GORENG / KERANG DLL LEBIH MUDAH BERBANDING PENYEDIAAN CHAR KUEY TEOW KERANA:
1.Kawalan api tidak begitu penting
2.Boleh saja menggunakan peralatan sedia ada di rumah (dapur & kuali)
3.Tindakan tak perlu pantas kerana ianya tidak berkuah
4.Boleh goreng sekali 2@3 pinggan ikut saiz kuali anda.
SELAMAT MENCUBA!!!





