Sunday, December 3, 2017

PRODUCT KNOWLEDGE

Assalamualaikum.

Saya ingin menyentuh kembali tentang pengetahuan produk atau dalam bahasa inggeris biasa disebut 'product knowledge'. Ramai yang berpendapat bahawa menghasilkan CKT yang sedap hanya bergantung kepada sos/kicapnya sahaja. Pengalaman saya, pendapat itu benar tetapi kurang tepat. Beberapa faktor lain seperti peralatan juga memainkan peranan. Sila baca pengalaman awal sebelum saya mula berniaga dulu di http://cktglobal.blogspot.my/2016/10/kenapa-char-kuey-teow-saya-tak-jadi.html . Saya tekankan perkara ini kepada yang ingin berniaga. Jika hendak masak untuk keluarga sahaja, peralatan yang ada di rumah itu telah memadai.




No comments:

Post a Comment