Saturday, July 15, 2017

LEARNING BY DOING

Assalamualaikum.
Sejak menjalankan kursus-kursus usahawan terutama dalam membentuk usahawan Char Kuey Teow (CKT), saya melihat konsep belajar dan berniaga ini berkesan untuk melahirkan usahawan baru. Umumnya sesetengah individu tidak mahu melibatkan diri dalam perniagaan kerana mereka sendiri belum dapat merasai atau menjiwai kenikmatan dalam perniagaan itu sendiri.
Pada pandangan saya, perniagaan itu tidak kira kecil atau besar ianya bukan hanya semata-mata berusaha untuk mendapat keuntungan dalam soal kewangan sahaja. Ianya merangkumi nilai-nilai murni yang lain jauh lebih baik. Sebagai contoh kemahiran berkomunikasi sesama manusia, kemahiran pengurusan tekanan dan risiko, kemahiran membuat keputusan serta perlu mempunyai kekuatan jiwa yang mantap seperti sabar, berdisiplin, amanah dan jujur.

Pengalaman bersama peserta kursus saya semasa saya menziarahi beliau ketika beliau tidak sihat dan tidak mampu membuka perniagaannya. Ketika itu terdapat pelanggan-pelanggan yang rapat  menelefon bertanya kenapa tidak berniaga kerana mereka ingin membeli CKT. Peserta kursus saya memberitahu saya itu bukan kali pertama mendapat panggilan daripada pelanggan, sudah beberapa orang yang menelefonnya. Beliau berharap keesokan harinya beliau mampu untuk berniaga demi memenuhi permintaan pelanggannya. Jelas di sini bahawa faktor keuntungan bukan lagi menjadi agenda pertama untuk beliau berniagaan keesokan harinya itu. Tatapi dengan memenuhi serta permintaan pelanggannya, faktor keuntungan itu akan wujud secara tidak langsung.
Melayan atau menerangkan sesuatu situasi atau keadaan supaya pelanggan dapat menerimanya memerlukan kemahiran komunikasi yang baik supaya pelanggan akan tetap setia dengan kita.
Kini, setelah mereka memulakan perniagaan secara kecil-kecilan saya telah mula meminta mereka melihat keperluan untuk lebih memudahkan pelanggan membeli atau menggunakan perkhidmatan mereka. Begitu juga supaya mereka lebih medah dan cekap menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan mereka.
Pengalaman ini tidak akan diperolehi dengan sekadar berseminar di dalam bilik kuliah tetapi perlu terus disusuli dengan turun ke lapangan perniagaan.


No comments:

Post a Comment