Tuesday, February 28, 2012

KURSUS USAHAWAN CKT KAWASAN UTARA


Assalamu'alaikum wr.wb

Kursus usahawan Char Kuey Teow kali ini akan diadakan di Utara seperti berikut.

Tarikh : 24 Mac 2012 (sabtu)
Tempat : Kolej Komuniti Arau, Perlis
Masa : 9.00pg - 3.00ptg
Tarikh Tutup : 17 Mac 2012

Penyertaan adalah terhad. Sila daftar sekarang juga.

Pendaftaran secara online terdapat di bahagian "pendaftaran"

Sunday, February 26, 2012

STOKIS CKT GLOBAL ONE STOP CENTER



Assalamua'laikum wr.wb
Alhamdulillah sehingga hari ini, Produk-produk CKT GLOBAL semakin dikenali dan semakin mendapat sambutan di setiap negeri termasuk Sarawak dan Sabah. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua pengguna produk terutama kicap CKT dan juga kepada semua pengedar-pengedar online yang tidak jemu-jemu mempromosikan produk ini.
Kita juga bersyukur kerana sedikit sebanyak dapat berbakti dan mencurahkan sedikit ilmu pengetahuan kepada masyarakat. Kalau mengikut carian di google, CKT GLOBAL adalah satu-satunya badan yang menganjurkan kursus usahawan char kuey teow di Malaysia.
Anda boleh taip 'usahawan char kuey teow' di carian google dan lihat keputusannya.

Setelah 6 tahun menjalankan perniagaan ini, diatas permintaan tinggi daripada pelbagai pihak di seluruh negara, CKT GLOBAL berhasrat untuk mewujudkan stokis-stokis one stop center di setiap negeri. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan urusan perniagaan di setiap negeri selain untuk mewujudkan usahawan-usahawan baru didalam bidang ini.

Stokis berperanan sebagai:-
1.Mengedar kicap CKT kepada peniaga dan peruncit
2.Membekal peralatan lengkap untuk memulakan perniagaan CKT
3.Membekalkan peralatan & kelengkapan lengkap untuk Pakej Perniagaan CKT
4.Menganjurkan kursus-kursus usahawan CKT

Sehingga hari ini CKT GLOBAL merupakan rakan strategik keusahawanan di beberapa Kolej Komuniti di Malaysia dan kita akan mengembangkan lagi untuk badan-badan yang lain.

Kepada anda yang berminat untuk berkongsi perniagaan dengan kami amatlah di alu-alukan. Kami berharap anda tidak segan-segan untuk bertanya sebarang kemyuskilan
kepada kami.

Anda boleh hubungi 017 343 7266 @ email ckt1malaysia@gmail.com

Terima Kasih

Tuesday, February 14, 2012

Kami kini membekal KUEY TEOW & MEE KUNING DI Perlis




Kepada individu @ pengusaha makanan yang mencari KUEY TEOW dan MEE KUNING keluaran Muslim boleh hubungi kami pada bila-bila masa. Boleh juga didapati di gerai julan kami di Pasar Tani Taman Sena Indah setiap sabtu dan ahad (8.00pg - 12.00thari)

Kuey Teow berkualiti tahan sehingga 1 minggu.

Saturday, February 4, 2012

CHAR KUEY TEOW PENGANTIN

Tahniah kepada Pn Siti Rafeah Binti Illias dan En Saiful Hidayat Bin Sulaiman. Terima kasih kerana memberi peluang kepada CKT GLOBAL untuk menyediakan masakan Char Kuey Teow kepada para tetamu.