Saturday, September 16, 2017

CKT GLOBAL LANCAR PEK USAHAWAN JARAK JAUH



Assalamualaikum.

CKT GLOBAL akan mula melancarkan Pek Usahawan CKT bermula 18 September 2017. Langkah ini berikutan bagi memudahkan setiap usahawan baru atau peminat CKT untuk menguasai cara menghasilkan CKT yang SEDAP lebih cepat. 

Selain itu mereka mampu menjimatkan masa, wang dan juga tenaga daripada menghadiri kursus di utara tanah air. Pek ini yang melengkapi kebanyakan nota penting di dalam siri-siri kursus yang telah diadakan. Terdapat juga soalan-soalan yang kerap kali di tanya oleh usahawan CKT. Contohnya kenapa CKT menjadi kering, rasa yang sentiasa berubah dan banyak lagi.

Masih terdapat ramai peserta kursus kami yang menunggu kursus yang akan datang, tetapi disebabkan terdapat banyak program-program luar, tarikh kami tidak dapat disamakan dengan peserta kursus.

Kami amat berharap dengan adanya Pek Usahawan ini usahawan dan peminat CKT boleh mempelajarinya dirumah sahaja.

Bagi memudahkan kepada mereka yang baru untuk terlibat dalam industri ini, CKT GLOBAL juga memperkenalkan semula PEK PERCUBAAN yang mengandungi 3 set botol kicap CKT 340ml.

Sila klik bahagian PESANAN PRODUK untuk memesan pek tersebut.

Akhir kata kami berharap produk ini bermanfaat kepada yang berminat. Kami memberikan HADIAH setiap pek yang di pesan.


Friday, September 8, 2017

PEK ISTIMEWA UNTUK USAHAWAN BARU CKT BAKAL DILANCARKAN...



Assalamualaikum.
Kami mendapat banyak panggilan telefon dan tidak kurang juga yang menghantar mesej melalui whatapps dan juga email bertanya tentang kursus usahawan CKT yang terdekat. Pihak kami memohon maaf kerana kepadatan aktiviti kursus luar bersama agensi-agensi kerajaan dan swasta menyebabkan kesukaran kami melaksanakan kursus secara individu.

Kami menyedari perkara tersebut serta berusaha sehabis baik kepada peminat-peminat serta bakal usahawan CKT seluruh Malaysia.

InsyaAllah CKT GLOBAL akan melancarkan pek khusus kepada bakal-bakal usahawan bagi memudahkan usahawan mendalami teknik dan tips serta perkongsisan pengalaman kami dalam menghasilkan CKT yang terbaik. 

InsyaAllah 10 hari lagi...tungguuuuuu



Tuesday, July 18, 2017

DISIPLIN

Assalamualaikum.
Salah satu perkara yang biasa kami kongsi dengan bakal usahawan ialah disiplin menyimpan wang jualan di dalam bank. Setiap bulan menerima penyata daripada bank merupakan satu bukti bahawa usahawan itu benar-benar menjalankan perniagaan. Penyata bank ini juga boleh menjadi ukuran berkenaan kekuatan jualan sesebuah perniagaan tersebut dalam jangka masa panjang.
Awal pagi tadi saya melihat aplikasi whatapps saya dan ingin berkongsi antara perbualan kumpulan kursus usahawan kami. Semoga mereka terus istiqamah mengamalkan disiplin yang tinggi dalam perniagaan tidak kira perniagaan kecil atau pun besar.


Saturday, July 15, 2017

LEARNING BY DOING

Assalamualaikum.
Sejak menjalankan kursus-kursus usahawan terutama dalam membentuk usahawan Char Kuey Teow (CKT), saya melihat konsep belajar dan berniaga ini berkesan untuk melahirkan usahawan baru. Umumnya sesetengah individu tidak mahu melibatkan diri dalam perniagaan kerana mereka sendiri belum dapat merasai atau menjiwai kenikmatan dalam perniagaan itu sendiri.
Pada pandangan saya, perniagaan itu tidak kira kecil atau besar ianya bukan hanya semata-mata berusaha untuk mendapat keuntungan dalam soal kewangan sahaja. Ianya merangkumi nilai-nilai murni yang lain jauh lebih baik. Sebagai contoh kemahiran berkomunikasi sesama manusia, kemahiran pengurusan tekanan dan risiko, kemahiran membuat keputusan serta perlu mempunyai kekuatan jiwa yang mantap seperti sabar, berdisiplin, amanah dan jujur.

Pengalaman bersama peserta kursus saya semasa saya menziarahi beliau ketika beliau tidak sihat dan tidak mampu membuka perniagaannya. Ketika itu terdapat pelanggan-pelanggan yang rapat  menelefon bertanya kenapa tidak berniaga kerana mereka ingin membeli CKT. Peserta kursus saya memberitahu saya itu bukan kali pertama mendapat panggilan daripada pelanggan, sudah beberapa orang yang menelefonnya. Beliau berharap keesokan harinya beliau mampu untuk berniaga demi memenuhi permintaan pelanggannya. Jelas di sini bahawa faktor keuntungan bukan lagi menjadi agenda pertama untuk beliau berniagaan keesokan harinya itu. Tatapi dengan memenuhi serta permintaan pelanggannya, faktor keuntungan itu akan wujud secara tidak langsung.
Melayan atau menerangkan sesuatu situasi atau keadaan supaya pelanggan dapat menerimanya memerlukan kemahiran komunikasi yang baik supaya pelanggan akan tetap setia dengan kita.
Kini, setelah mereka memulakan perniagaan secara kecil-kecilan saya telah mula meminta mereka melihat keperluan untuk lebih memudahkan pelanggan membeli atau menggunakan perkhidmatan mereka. Begitu juga supaya mereka lebih medah dan cekap menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan mereka.
Pengalaman ini tidak akan diperolehi dengan sekadar berseminar di dalam bilik kuliah tetapi perlu terus disusuli dengan turun ke lapangan perniagaan.


Friday, July 14, 2017

MENJUNJUNG KASIH TUANKU.


Menjunjung Kasih kepada DYTM Raja Muda dan Raja Puan Muda Perlis kerana Mencemar Duli ke khemah usahawan Char kuey Teow bimbingan CKT GLOBAL & Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) pada majlis Jamuan Hari Raya MAIPs pada 11 Julai 2017.

Sunday, July 9, 2017

KICAP CKT EDISI KHAS

CKT GLOBAL mengeluarkan Kicap Char kuey Teow dengan botol edisi khas kandungan 1 liter untuk Kumpulan Transformasi Asnaf Perlis untuk jualan sempena Jamuan Hari Raya Aidilfitri Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). Semoga ianya bermanfaat.






Monday, June 26, 2017

PESERTA KURSUS CKT GLOBAL - ATAM DI BAZAR RAMADHAN PERLIS


Alhamdulillah, setelah selesai kursus secara kerjasama antara CKT GLOBAL dan Majlis Agama Islam Adat dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) salah seorang peserta telah berjaya menggunakan kemahiran menggoreng Char Kuey Teow (CKT) untuk berniaga di bazar ramadhan baru-baru ini. Mengambil kira jumlah pesanan kicapnya, kami yakin matlamat dan objektif CKT GLOBAL dan MAIPs untuk meningkatkan pendapat kumpulan sasar tercapai.
Peserta-peserta lain akan memulakan perniagaan masing-masing sebaik sahaja cuti hari raya berakhir nanti. Semoga ilmu yang dikongsikan bermanfaat kepada mereka.

Monday, May 29, 2017

CKT GLOBAL PERKENAL CKT ITALIAN STYLE SEMPENA RAMADHAN 2017

CKT Cheese Delizioso
Assalamualaikum.
Selamat menjalani ibadah puasa kepada muslimin dan muslimat di mana jua anda berada.
CKT Global memperkenalkan Char Kuey Teow Italian Style dalam menginovasikan kepelbagaian menu berasaskan Char Kuey Teow di Malaysia. Alhamdulillah food testing telah dijalankan, ianya mendapat sambutan yang sangat baik. Kepada peniaga di luar sana hubungi kami segera untuk mendapatkan maklumat lanjut untuk memulakan perniagaan ini. Suri rumah juga boleh menyediakan menu ini untuk hidangan seisi keluarga kerana Italian Style Lebih Mudah!!! Tak perlu stove high pressure pun jadi...
Tunggu posting seterusnya untuk style style yang seterusnya.....

Sunday, April 30, 2017

APA KHABAR PEMINAT CHAR KUEY TEOW DI SABAH ?

CKT Global telah menjalankan ujian makmal terhadap pengeluaran kicap CKT di Sabah. InsyaAllah selepas mendapat keputusannya kelak, pengeluaran kicap CKT akan beroperasi di Sabah bah. Kepada yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan CKT di Sabah sila hubungi call/whatapps ke 017 343 7266


SANTAI BERSAMA TETAMU DENGAN HIDANGAN CKT SPECIAL

Terima kasih kepada semua keluarga yang bertandang ke rumah saya. Kami hanya mampu menyediakan CKT sahaja. Terima kasih juga kepada Mr Kening dengan post yang istimewa ini.

Tuesday, March 28, 2017

KOLEJ KOMUNITI ARAU VENUE LATIHAN

Alhamdulillah, selesai perbincangan bersama Pengarah, Timb Pengarah Pengurusan dan Ketua Jabatan PSH Kolej Komuniti Arau, Perlis serta Cik Farhana (MAIPs) berkenaan venue latihan program Usahawan Char Kuey Teow bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)

28 Mac 2017 | Kolej Komuniti Arau, Perlis

Thursday, March 16, 2017

MAJLIS PELANCARAN CKT GLOBAL SEBAGAI RAKAN STRATEGIK MAIPs



Alhamdulillah pada 16 Mac 2017 telah berlangsung Majlis Pelancaran Akademi Transformasi Asnaf MAIPs di Dewan Ibnu Khaldun Institut Kemahiran Mara Beseri, Perlis. Perasmian disempurnakan oleh DYTM Raja Muda Perlis. CKT GLOBAL merupakan salah sebuah badan yang akan membantu kumpulan asnaf untuk meningkatkan kualiti pendapatan melalui perniagaan. Semoga usaha ini dipermudahkanNya.

Saturday, February 25, 2017

PROGRAM USAHAWAN SOSIAL BERSAMA MAIPs


Alhamdulillah, selesai sesi pembentangan kertas kerja kepada Ahli Lembaga Pengarah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis. Program bertujuan meningkatkan taraf golongan asnaf melalui perniagaan. InsyaAllah program akan dimulakan dalam jangkamasa yang terdekat. Terima kasih kepada Pengerusi YBhg Tan Sri Halim Saad dan seluruh ahli jawatankuasa MAIPs serta CEO kerana memberi sokongan kepada program ini.

Sunday, January 15, 2017

JASIN TO ARAU

Assalamualaikum.
Tahniah kepada adik dan abang. Marwan dan Marzaid telah selesai mempelajari teknik menghasilkan Char Kuey Teow di CKT Global Traning Center pada 14 Jan 2017 yang lalu. Semoga segala perkongsian akan memberi manfaat kepada anda berdua. Selamat merancang serta memulakan perniagaan.

CKT yang mereka hasilkan

PERNIAGAAN SOSIAL


Perbincangan CKT Global dalam usaha memberi peluang kepada masyarakat melalui kemahiran serta pengalaman yang kami miliki. Pendekatan latihan dan kemahiran, praktikal perniagaan serta memulakannya.