Friday, October 21, 2016

KENAPA CHAR KUEY TEOW SAYA TAK JADI ???




Assalamualaikum wr.wb

Saya memulakan percubaan pertama untuk memulakan perniagaan Char Kuey Teow (CKT) pada tahun 1998. Pada masa ini baru sahaja menamatkan pelajaran di UiTM masa tu masih lagi ITM. Langkah pertama mencipta sos/kicap CKT.
Beberapa kali percubaan membuat campuran kicap, gagal menghasilkan CKT yang memuaskan. Belum berjaya menghasilkan kicap mendorong saya menjual kuey teow kerang sahaja. Pada tahun 2002 saya bertemu seorang peniaga CKT. CKT yang dihasikan sedap dan menepati citarasa saya. Saya terus meminta untuk membeli sebotol kicap dan melihat beliau menggoreng kepada pelanggan-pelanggannya dengan tujuan melihat teknik masakan.
Apabila pulang ke rumah sewa saya, saya cuba menggoreng CKT menggunakan semua bahan dan kicap yang saya seperti peniaga tersebut lakukan.
MALANG sekali, hasil yang saya perolehi langsung tidak sama malah amat jauh bezanya dengan apa yang saya makan di gerai beliau.
Bertambah malang lagi, apa bila saya hendak bertemu beliau semula, beliau telah berpindah tempat perniagaan dan saya tidak dapat mengesan tempat perniagaan barunya.
Pada tahun 2008 saya sekali lagi cuba menggoreng CKT dengan membeli kicap/sos yang dijual di sebuah kedai runcit di Perlis.
Percubaan kali ini amat memberangsangkan, CKT yang terhasil mendapat pujian ramai terutama dikalangan ahli keluarga.
Persoalannya.... apa beza antara cara saya menggoreng pada tahun 2002 dengan tahun 2008 ???
Jawapannya... tiada beza. Apa yang berbeza ialah KUALI yang saya gunakan. 2002 saya pun tidak tahu bahawa saya menggunakan KUALI NIPIS...dan pada tahun 2008 saya pun tidak tahu bahawa saya telah menggunakan KUALI TEBAL.
Daripada pengalaman ini, saya terus mengutip pengalaman dan saya kongsikan semula bersama peserta peserta kursus di SEKOLAH CHAR KUEY TEOW setiap bulan sejak tahun 2010.

No comments:

Post a Comment