Thursday, December 11, 2014

USAHAWAN CKT DI PASAR TANI

Walaupun memulakan perniagaan seawal jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 thari, Char Kuey Teow tetap mendapat sambutan daripada pelanggan. Tiada istilah Char Kuey Teow hanya di makan pada waktu petang dan malam sahaja.

Wednesday, December 10, 2014

PERKONGSIAN ILMU...

Kolej Komuniti Selayang, Selangor 2010

Tuesday, December 9, 2014

Pelancaran Char Kuey Teow 1 Malaysia



Gabungan 2 agensi iaitu Kolej Komuniti Arau dan MARA Perlis serta NGO Majlis Belia Negeri perlis dalam usaha menggalakkan komuniti berniaga terutama generasi belia pada tahun 2010.


Sunday, December 7, 2014

PERKONGSIAN ILMU..

Assalamua'laikum wr.wb

Kolej Komuniti Arau, Perlis 2010

Setelah 2 tahun menjalankan perniagaan CKT, tahun 2010 saya mula berkongsi pengalaman dengan orang ramai tentang teknik perniagaan ini.

FOKUS!!!



Assalamua'laikum wr.wb

Menjalankan perniagaan tidak semestinya perlu dimulakan dengan mengeluarkan modal yang besar. Modal yang besar tidak menjamin keuntungan juga besar. Pengetahuan dan pengalaman penting untuk menjamin sesuatu perniagaan itu bertahan. Selain pengetahuan produk, ilmu pengurusan juga tidak kurang pentingnya dalam mengendalikan perniagaan.
Berbalik kepada FOKUS, apabila kita menceburi sesuatu bisnes, terutama perniagaan baru atau kita yang baru memulakan bisnes tersebut, fokus sangat penting supaya matlamat tidak tersasar. Pentingnya fokus dalam perniagaan, perniagaan kecil boleh menjadi besar. Jika kita melihat sejarah perniagaan yang kini merupakan sebuah perniagaan yang besar, dahulunya juga bermula dengan kecil - kecilan juga. 
Mengimbau pengalaman yang lalu, beberapa perniagaan yang saya ceburi adalah gagal. Walaupun gagal, saya bersyukur kerana dapat menimba pengalaman yang sangat berguna. Jika dahulu perniagaan yang saya jalankan kelihatan hebat dimata orang ramai. Modal yang saya gunakan setiap kali membeli barang perniagaan melibatkan puluahan ribu ringgit. Malah barang-barang ini saya dapatkan di luar negara. Sebulan sekali atau dua kali saya akan keluar negara atas urusan perniagaan ini. Rakan taulan sahabat handai gemar mendengar pengalaman saya keluar negara. Tidak sampai 5 tahun, saya terpaksa menghentikan perniagaan ini kerana mengalami kerugian.
Pada penghujung tahun 2007 saya memulakan bisnes Char Kuey Teow di tepi jalan demi mencari pendapatan menampung keperluan diri dan keluarga. Modal permulaan RM500 dan modal belian barangan perniagaan harian RM150 sehari.
Rata-rata rakan taulan sahabat handai bersimpati dengan saya, ada yang menawarkan peluang pekerjaan. Saya hanya tersenyum, pada hakikatnya pada masa itu, saya lebih boleh menyimpan (RM) berbanding dengan perniagaan yang glamour dahulu...
Memberi FOKUS dalam bidang ini secara konsisten, alhamdulillah saya masih bertahan. Bukan hanya untuk diri sendiri malah saya mampu juga berkongsi dengan orang ramai.

antara tempat perniagaan saya dahulu @ UiTM Arau Perlis.

Thursday, December 4, 2014

LULUS UJIAN...

Cili Kisar 1liter


Assalamua'laikum wr.wb

Kini anda tidak perlu bersusah payah menyediakan cili kisar. Tak perlu menggunting cili kering, tak perlu mengupas bawang putih dan yang penting....masa anda dapat di jimatkan. Kami menyediakan cili kisar yang terus boleh digunakan untuk menggoreng Char Kuey Teow.
Kami telah membuat ujian masakan, ianya berjaya seperti anda menyediakan sendiri cili kisar tersebut. Cili ini tahan lama jika penutupnya belum di buka. Selepas digunakan, sila simpan di dalam peti sejuk.
Cili kisar 1liter mampu menghasilkan sebanyak 30 pinggan Char Kuey Teow
Jika anda berminat untuk mencubanya...sila buat tempahan di ruang tempahan.

SELAMAT MENCUBA!!!

Tuesday, December 2, 2014

Modul Kursus Usahawan Char Kuey Teow

Assalamua'laikum wr.wb

Apa yang akan dipelajari ketika menghadiri kursus CKT ?
Terdapat 2 modul yang di gunakan:

1. Modul Asas Masakan
2. Modul Asas Perniagaan

Modul Asas Masakan CKT
- Modul ini lebih fokus kepada perkara asas untuk memulakan perniagaan CKT. Peralatan, bahan dan cara penyediaan bahan serta masakankan lebih di tekankan.
- Peserta akan di dedahkan secara teori dan akan praktikal secara amali.
- Jangkamasa kursus antara 5 hingga 6 jam sahaja.
- Sijil penyertaan akan dikeluarkan oleh CKT Global setelah selesai mengikuti kursus ini.

Modul Asas Perniagaan
- Modul ini akan dimulakan dengan teori keusahawanan. 
- Maksud keusahawanan, memupuk minat dalam perniagaan, kelebihan menjalankan perniagaan, persediaan sebelum dan semasa berniaga dan lain-lain akan di dedahkan kepada peserta.
- Model perniagaan akan menggunakan perniagaan CKT.
- Jangkamasa kursus 20jam.
- Sijil penyertaan akan dikeluarkan oleh penganjur.