Sunday, December 7, 2014

FOKUS!!!



Assalamua'laikum wr.wb

Menjalankan perniagaan tidak semestinya perlu dimulakan dengan mengeluarkan modal yang besar. Modal yang besar tidak menjamin keuntungan juga besar. Pengetahuan dan pengalaman penting untuk menjamin sesuatu perniagaan itu bertahan. Selain pengetahuan produk, ilmu pengurusan juga tidak kurang pentingnya dalam mengendalikan perniagaan.
Berbalik kepada FOKUS, apabila kita menceburi sesuatu bisnes, terutama perniagaan baru atau kita yang baru memulakan bisnes tersebut, fokus sangat penting supaya matlamat tidak tersasar. Pentingnya fokus dalam perniagaan, perniagaan kecil boleh menjadi besar. Jika kita melihat sejarah perniagaan yang kini merupakan sebuah perniagaan yang besar, dahulunya juga bermula dengan kecil - kecilan juga. 
Mengimbau pengalaman yang lalu, beberapa perniagaan yang saya ceburi adalah gagal. Walaupun gagal, saya bersyukur kerana dapat menimba pengalaman yang sangat berguna. Jika dahulu perniagaan yang saya jalankan kelihatan hebat dimata orang ramai. Modal yang saya gunakan setiap kali membeli barang perniagaan melibatkan puluahan ribu ringgit. Malah barang-barang ini saya dapatkan di luar negara. Sebulan sekali atau dua kali saya akan keluar negara atas urusan perniagaan ini. Rakan taulan sahabat handai gemar mendengar pengalaman saya keluar negara. Tidak sampai 5 tahun, saya terpaksa menghentikan perniagaan ini kerana mengalami kerugian.
Pada penghujung tahun 2007 saya memulakan bisnes Char Kuey Teow di tepi jalan demi mencari pendapatan menampung keperluan diri dan keluarga. Modal permulaan RM500 dan modal belian barangan perniagaan harian RM150 sehari.
Rata-rata rakan taulan sahabat handai bersimpati dengan saya, ada yang menawarkan peluang pekerjaan. Saya hanya tersenyum, pada hakikatnya pada masa itu, saya lebih boleh menyimpan (RM) berbanding dengan perniagaan yang glamour dahulu...
Memberi FOKUS dalam bidang ini secara konsisten, alhamdulillah saya masih bertahan. Bukan hanya untuk diri sendiri malah saya mampu juga berkongsi dengan orang ramai.

antara tempat perniagaan saya dahulu @ UiTM Arau Perlis.

No comments:

Post a Comment