Sunday, November 7, 2010

Bahan-bahan yang sama tidak menjamin citarasa yang sama


Kadang-kadang ada dikalangan peserta kursus bertanya mereka pernah mendapatkan resepi char koey teow daripada peniaga CKT yang terkenal. Malah bahan-bahanya juga diperolehi daripada peniaga tersebut. Malangnya apabila pulang dan mencuba menyediakan sendiri..citarasanya tidak sama...perlu di ingat peralatan memainkan peranan penting dalam citarasa masakan Char Koey Teow..ianya berbeza dengan peralatan yang biasa digunakan untuk memasak di rumah.
Belajar daripada pengalaman beberapa kursus yang lepas, rata-rata peserta mengadu susah untuk mendapatkan peralatan seperti yang di tunjuk semasa kursus. Ada juga yang was was untuk membelinya takut-takut tersalah pulak.
Oleh yang demikian, pada kursus yang akan datang, pihak penganjur akan menyediakan semua peralatan asas untuk menggoreng CKT kepada semua peserta untuk dibawa pulang. Peralatan tersebut ialah kuali, dapur( 1 set ), senduk, sudit, senduk kicap, senduk cili, senduk minyak dan juga kicap CKT 4.5 liter setiap seorang. Jadi, peserta boleh terus menggoreng sama ada di rumah, premis perniagaan atau pun memulakan perniagaan selepas berkursus. Kami mengharapkan pendekatan ini lebih memudahkan peserta menjadi usahawan CKT.

No comments:

Post a Comment