Sunday, December 26, 2010

Kicap Jenama ANDA Sendiri

Kandungan: 1 Liter

Salah satu daripada aktiviti perniagaan kami adalah mengeluarkan kicap/sos char kuey teow. Oleh itu kepada anda yang berminat untuk menjual kicap/sos ini dengan jenama ANDA sendiri, kami bersedia membekalkannya kepada anda. Maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, kami menghargai jika anda menelefon kami untuk perbincangan lanjut.

Thursday, December 23, 2010

PENGEDAR: E-Tech Centre, Kolej Komuniti Arau Perlis..

Kandungan: 1 Liter
  • Penggunaannya mudah
  • Rasanya SEDAP
  • Tahan 1 tahun (jika penutupnya belum dibuka)

CARA MENGGUNAKAN KICAP INI.

Kandungan: 1 Liter

1.Masukkan 2 sudu minyak masak ke dalam kuali
2.Masukkan 2 ekor udang
3.Setelah udang agak masak, masukkan cili kisar (secukup rasa)
4.Masukkan koey teow (120gm), tauge, kuchai dan kerang
5.Kemudian gaul sebati bahan2 tersebut
6.Masukkan Kicap CKT (60ml)
7.Kemudian masukkan 1 biji telur ayam.
8.Setelah telur separuh masak, gaul sekejap, tutup api. Angkat sebelum kicap kering.
9.SEDIA UNTUK HIDANGAN-(SEORANG)

Tuesday, November 23, 2010

SEDAPKAH CHAR KOEY TEOW ANDA?


SEDAP atau KURANG SEDAP satu perkara yang subjektif. Ini bergantung kepada citarasa seseorang. Setiap kali mengendalikan kursus, saya seringkali diajukan pertanyaan demikian.
Kadang-kadang kita diberitahu bahawa terdapat char koey teow yang sedap di suatu tempat...oleh kerana kita penggemar CKT, kita pergilah untuk menikmati citarasanya. emmmm setelah menjamahnya, rasanya memanglah ok tapi....tidaklah seperti kita harapkan. Sebaliknya kadang-kadang secara tidak sengaja kita terjumpa gerai kecil ditepi jalan yang menjual CKT, emmm SEDAP pula rasanya. Mungkin ianya adalah citarasa kita. Apa-apa pun sebagai peniaga kita akan menghidangkan yang terbaik kepada pelanggan. Tidak menjadi kesalahan sebagai seorang peniaga kita meletakkan banner dihadapan warung kita " CHAR KOEY TEOW YANG SEDAP". Jika ditanya adakah char koey teow saya SEDAP????? Jawapan saya adalah "SAYA BERANI BERSAING"

Iklan yang disiarkan oleh KOSMO

Sunday, November 7, 2010

Persetujuan E-Tech Centre Kolej Komuniti Arau Perlis mengedar lebih 1,000 botol kicap CKT dalam kerjasama pintar bersama CKT Global Enterprise

Bahan-bahan yang sama tidak menjamin citarasa yang sama


Kadang-kadang ada dikalangan peserta kursus bertanya mereka pernah mendapatkan resepi char koey teow daripada peniaga CKT yang terkenal. Malah bahan-bahanya juga diperolehi daripada peniaga tersebut. Malangnya apabila pulang dan mencuba menyediakan sendiri..citarasanya tidak sama...perlu di ingat peralatan memainkan peranan penting dalam citarasa masakan Char Koey Teow..ianya berbeza dengan peralatan yang biasa digunakan untuk memasak di rumah.
Belajar daripada pengalaman beberapa kursus yang lepas, rata-rata peserta mengadu susah untuk mendapatkan peralatan seperti yang di tunjuk semasa kursus. Ada juga yang was was untuk membelinya takut-takut tersalah pulak.
Oleh yang demikian, pada kursus yang akan datang, pihak penganjur akan menyediakan semua peralatan asas untuk menggoreng CKT kepada semua peserta untuk dibawa pulang. Peralatan tersebut ialah kuali, dapur( 1 set ), senduk, sudit, senduk kicap, senduk cili, senduk minyak dan juga kicap CKT 4.5 liter setiap seorang. Jadi, peserta boleh terus menggoreng sama ada di rumah, premis perniagaan atau pun memulakan perniagaan selepas berkursus. Kami mengharapkan pendekatan ini lebih memudahkan peserta menjadi usahawan CKT.

Wednesday, November 3, 2010

Kursus Keusahawanan Char Koey Teow


Kursus keusahawanan Char Koey Teow akan diadakan seperti berikut:
Pada kursus kali ini semua peserta akan diberikan peralatan memasak untuk dibawa pulang ( kuali, 1 set dapur, senduk minyak, cili, dan kicap )

04 Disember 2010              kolej komuniti selayang, selangor

11 Disember 2010              kolej komuniti bukit beruang, melaka

18 Disember 2010              kolej komuniti arau, perlis

sesiapa yang berminat anda boleh mula mendaftar segera.

Monday, October 11, 2010

Resepi Cili CKT

Bahan-Bahan
1. 100gm cili kering
2. 50gm bawang putih
3. 30gm belacan
4. 2Liter air

Cara membuatnya
Potong cili kering untuk keluarkan bijinya. kemudian rendam 15minit dengan air mendidih. Tos dan basuh dengan air bersih. Mesin bersama bawang putih dan belacan dengan air yang 2liter tadi. Gunakan semua air tersebut termasuk untuk 'blend' cili.

SELAMAT MENCUBA!!

Mobile Kiosk


Kiosk yang boleh di pasang sendiri. Sesuai untuk peniaga2 bergerak seperti pasar malam.

Monday, September 27, 2010

PERHATIAN!!!!

Kursus keusahawanan char koey teow adalah kursus asas kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui bagaimana char koey teow dihasilkan, kos yang berlibat, bahan serta peralatan yang biasa digunakan. Kursus juga akan menerangkan bagaimanakah untuk memulakan perniagaan ini. Perlu di ambil perhatian, ini BUKAN KURSUS PENGHASILAN KICAP/SOS CHAR KOEY TEOW!!!

Kursus Keusahawanan Char Koey Teow




Alhamdulillah, kursus keusahawanan Char Koey Teow yang telah diadakan pada 25 Sept 2010 berjalan lancar. Kesungguhan para peserta untuk mendalami sedikit ilmu pengetahuan amat dipuji. Ucapan jutaan terima kasih kepada semua peserta dan tidak lupa jutaan terima kasih kepada pihak kolej komuniti Selayang yang telah memberi kerjasama yang baik.

Monday, September 13, 2010

Kursus Keusahawanan Char Koey Teow


Kursus bakal diadakan pada 09 oktober 2010. Kursus ini terbuka kepada golongan belia berumur  bawah 40 tahun. Kursus dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia Caw Negeri Perlis serta Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Bakal usahawan digesa merebut peluang ini. Penyertaan TERHAD!!
Penyertaan PERCUMA!! Hubungi kami segera. SEBELUM 05 OKT 2010 Tempat kursus akan diberitahu kelak.

Saturday, September 4, 2010

Kursus Penghasilan Char Koey Teow


Dimaklumkan bahawa kursus keusahawanan penghasilan char koey teow telah di ubah tarikhnya seperti berikut:

Tarikh     :  25hb Sept 2010 (sabtu)
Tempat   :  Kolej Komuniti Selayang
Masa       :  9.00Pagi - 12.30Thari
TARIKH TUTUP PADA 20 SEPTEMBER 2010

Tarikh terpaksa di tukar adalah disebabkan cuti hari raya aidilfitri di lanjutkan sehingga 19 Sept 2010. Harap Maklum. Kami memohon maaf diatas kesulitan tersebut.
Pendaftaran di www.cktglobal.com/pendaftaran-kursus.html

Friday, August 20, 2010

Buku Keusahawanan


Buku yang sesuai kepada mereka yang berminat mengetahui secara lebih mendalam tentang teknik penghasilan Char Koey Teow Penang. Buku ini juga memuatkan keperluan seseorang yang ingin memulakan perniagaan makanan ini. Teknik memasak, resepi, kos penyediaan, untung bersih dan sebagainya terkandung di dalam buku ini. DAPATKAN SENASKAH HARI INI SEMENTARA STOK MASIH ADA!!. TEMPAH SEKARANG!! www.cktglobal.com/tempahan.html

Thursday, August 12, 2010

Kicap CKT 1 Malaysia

Kicap Char Koey Teow yang di formulakan khas untuk memenuhi citarasa pelanggan anda. Kicap yang telah mengikut semua peruntukan dalam akta makanan 1983. Fakta Nutrisi juga telah mengikut Malaysia Standard.

Peralatan Yang Biasa Digunakan

Peralatan yang biasa digunakan untuk memasak Char Koey Teow. Anda perlu tahu bahawa bahan-bahan yang sama tidak menjamin citarasa yang sama jika teknik dan peralatannya berbeza.

Sunday, August 8, 2010

Kursus Penghasilan Char Koey Teow

Kursus yang terbaru diadakan di Kolej Komuniti Selayang. Peserta dikalangan peniaga dan juga belia telah mempelajari teknik memasak Char Koey Teow yang betul. Kursus akan diadakan lagi di Lembah Kelang kerana permintaan yang menggalakkan. Sesiapa yang tidak berpeluang pada kali ini, masih ada peluang pada masa akan datang. Terima kasih kepada Kolej Komuniti Selayang kerana memberi kerjasama yang amat baik.

Saturday, July 31, 2010

Pelancaran Char Koey Teow 1 Malaysia

Program pelancaran Char Koey Teow 1 Malaysia sempena program menjana ekonomi belia. Program ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Perlis, Dato Seri Dr Md Isa Bin Sabu. YAB amat menggalakkan golongan belia khasnya di Negeri Perlis melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

Kursus Penghasilan Char Koey Teow

MEMPELAJARI:
  • Teknik Memasak
  • Bahan & Peralatan yang digunakan
  • Memulakan Perniagaan / Usahawan / Pinjaman
  • Menjadi Tenaga Pengajar / Pengedar Kicap

  • 7 Ogos 2010 ( Sabtu )
  • 9.00Pagi - 12.30Thari
  • Kolej Komuniti Selayang
  • Yuran RM50.00 Shj

Berminat Sila Hubungi :- 017 343 7266 / 017 404 3315